Bernama
Januari 8, 2022 08:15 MYT

BIMB melantik Datuk Bazlan Osman (kiri) dan Puan Nuraini Ismail sebagai pengarah bebas bukan eksekutif baharunya, berkuat kuasa Jumaat.
KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) melantik Datuk Bazlan Osman dan Puan Nuraini Ismail sebagai pengarah bebas bukan eksekutif baharunya, berkuat kuasa Jumaat.
Pelantikan itu akan mengukuhkan lagi komposisi lembaga pengarah kumpulan apabila BIMB memulakan era baharu sebagai bank Islam tulen dan lengkap yang pertama tersenarai di Bursa Malaysia, kata bank itu dalam satu kenyataan semalam.
"Bazlan juga adalah ahli lembaga pengarah di empat syarikat tersenarai awam iaitu FIMA Corporation Berhad, Bursa Malaysia Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dan Glomac Berhad. Beliau juga merupakan Pengarah Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC)," katanya.
-- BERNAMA