Translate

11 December 2021

Tempoh Diskaun Pembayaran Saman JPJ Dilanjutkan

 

Tempoh diskaun pembayaran saman JPJ dilanjutkan




Tempoh diskaun pembayaran saman JPJ dilanjutkan

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80 peratus telah dilanjutkan.

Pemakluman itu yang dibuat menerusi akaun Facebook rasmi JPJ lewat malam tadi menerima sambutan baik daripada pengguna platform sosial media tersebut.

Jelas JPJ, sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, tempoh pengurangan kadar kompaun saman sebanyak 80 peratus kini dilanjutkan sehingga 15 Disember 2021.

Pembayaran tanpa tunai atau ‘cashless’ adalah digalakkan.

Tambahnya, pembayaran boleh dibuat di semua kaunter JPJ negeri, cawangan atau di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara.

Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tempoh-diskaun-pembayaran-saman-jpj-dilanjutkan-33573







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED