Translate

02 December 2021

6 Pelajar MRSM Sultan Azlan Shah Positif Covid-19

Enam pelajar tingkatan 5 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar dilaporkan positif COVID-19


Enam pelajar MRSM Sultan Azlan Shah positif COVID-19

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Enam pelajar tingkatan 5 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar dilaporkan positif COVID-19.

Perkara itu disahkan Pengetua MRSM Sultan Azlan Shah dalam satu kenyataan pada Khamis.

"Adalah dimaklumkan terdapat kes COVID-19 positif dalam kalangan pelajar yang melibatkan enam pelajar Tingkatan 5.

"Pelajar Tingkatan 5 yang lain juga telah menjalani ujian saringan dan Alhamdulillah semua negatif.

"Segala SOP sentiasa diperingatkan kepada semua pelajar agar dipatuhi," katanya.

Justeru itu, pihak MRSM SAS memohon ibu bapa menyokong penuh pihak pengurusan dalam menangani bersama situasi ini.

Sumber: Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED