Translate

30 August 2021

TDM Sahkan Anggota Dikhuatiri Lemas Ketika Latihan Di Bera

SAR yang dilakukan bagi mencari anggota terbabit yang dikhuatiri lemas di tempat kejadian. - Foto FB Tentera Darat Malaysia


TDM sahkan anggota dikhuatiri lemas ketika latihan di Bera

Astro Awani
30/8/2021

BERA: Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari 10 Briged Para dilaporkan hilang dipercayai lemas di Sungai Pahang pada Ahad.

Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa yang juga anggota tinjau dari Kompeni PANDURA (Para) sedang menjalani latihan penyusupan menyeberangi sungai bagi Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Kawasan Am, Bera yang dijalankan selama 14 hari sejak Selasa lalu.

Kenyataan media Sel Perhubungan Raya Tentera Darat pada Isnin, mengesahkan kejadian membabitkan anggota tentera terbabit.

"Semasa kejadian kira-kira jam 4.40 petang pada Ahad, anggota sedang melaksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberangi Sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor di Bera.

"TDM telah menggerakkan anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 4.50 petang, Ahad bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2 Pahang namun sehingga kini tiada penemuan," kata kenyataan itu lagi.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perkhidmatan KLIA Express, KLIA Transit Terganggu ' 11 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 26 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pemilik restoran mengaku bersalah pamer logo halal' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JPJ sita Lamborghini dipandu warga China tanpa les' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tanpa PERMATA@Pintar, MIT mungkin sekadar mimpi bu' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Datuk Hussein Omar Khan appointed as the new Selan' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Koperal parah akibat senjata sendiri di IPK Pulau ' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zambry ke Turkiye, Arab Saudi, perkukuh kerjasama ' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Alor star viewed 'Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Se' 1 hr 13 mins ago