Translate

09 August 2021

Pelakon komedi filem Appalam, Gunseh meninggal dunia akibat Covid-19

 

Pelakon komedi filem Appalam, Gunseh meninggal dunia

ASTRO AWANI
Pelakon komedi filem Appalam, Gunseh meninggal dunia
G. Hemawathy memberitahu, mendiang meninggal dunia kira-kira pukul 4.02 petang, di Hospital Serdang. - Gambar Facebook Gunseh Guna
SERDANG: Pelakon komedi filem Appalam, R. Gunasaharan atau lebih dikenali sebagai Gunseh meninggal dunia petang Ahad pada usia 64 tahun akibat COVID-19.
Berita pemergian mendiang itu disahkan oleh anak perempuannya, G. Hemawathy ketika dihubungi Astro AWANI di sini.
Dia memaklumkan artis veteran itu meninggal dunia kira-kira pukul 4.02 petang, di Hospital Serdang, di sini selepas bertarung nyawa lebih 10 hari\
Menurutnya, mendiang yang disahkan positif COVID-19 sebelum itu diperintah untuk menjalani kuarantin di rumah, dan keadaannya semakin teruk pada hari ke-10.
"Selepas bapa mengadu batuk berterusan dan kesihatannya kurang memuaskan, kami bergegas ke hospital kira-kira pukul 2 pagi," katanya di sini, pada Ahad.
Menurut Hemawathy, pegawai kesihatan memaklumkan mendiang mengalami jangkitan di paru-paru dan mengalami masalah pernafasan sebelum keadaannya menjadi tenat beberapa hari lalu.
"Pun begitu kami sempat membuat panggilan video dengan bantuan kakitangan hospital petang semalam," ujarnya.
Hemawathy memaklumkan, pengebumian akan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Mendiang meninggalkan isteri dan empat anak berusia 25 hingga 32 tahun.
Astro AWANI merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from St petersburg viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Mayat lelaki reput ditemukan bersebelahan motosika' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 3 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 3 hrs 59 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 4 hrs 11 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 4 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Bandung viewed 'Berikutan video samun dalam lif yang viral, polis ' 4 hrs 40 mins ago