Translate

30 August 2021

Timbalan Menteri Pendidikan II Alamin Positif Covid-19 dan Tidak Akan Hadir Istiadat Angkat Sumpah

Datuk Mohamad Alamin

Mohamad Alamin tidak hadir istiadat angkat sumpah esok kerana positif COVID-19

Astro Awani
29/8/2021

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II dalam Kabinet baharu disahkan positif COVID-19.

Susulan itu, beliau yang akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, esok tidak dapat berbuat demikian.

Mohamad berkata, beliau membuat ujian saringan RT-PCR semalam selepas tidak sihat dan demam.

"Ujian saringan PCR saya menunjukkan saya positif COVID-19. Justeru saya tidak dapat menghadiri istiadat mengangkat sumpah timbalan menteri esok.

"Kini saya tidak lagi demam dan sedang menjalani kuarantin kendiri di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan senarai Ahli Jemaah Menteri beserta Timbalan-Timbalan Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Salah seorang timbalan menteri dalam Kabinet baharu itu ialah Mohamad yang memikul portfolio Timbalan Menteri Pendidikan II.

Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mohamad-alamin-tidak-hadir-istiadat-angkat-sumpah-esok-kerana-positif-covid19-316747


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Tiga banduan Penjara Kajang raih kejayaan akademik' 54 mins ago
A visitor from Belfast viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 3 hrs 15 mins ago
A visitor from Makati city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 5 hrs 35 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 5 hrs 47 mins ago
A visitor from Olongapo city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 6 hrs 1 min ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Di' 6 hrs 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 6 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 7 hrs 24 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 7 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 7 hrs 55 mins ago