Translate

08 August 2021

97.9% Kes Baharu Hari Ini Tidak Serius : 8,928 kes (47.8%) di kategori 1 - tidak bergejala, 9,359 orang (50.1 %) di kategori 2 (bergejala ringan)









COVID-19: 97.9 peratus kes baharu tidak serius
Astro Awani
Ogos 8, 2021 19:43 MYT

Seramai 8,928 kes atau 47.8 peratus berada dalam bagi kategori 1 iaitu mereka yang tidak bergejala, manakala 9,359 orang atau 50.1 peratus berada dalam kategori 2 (bergejala ringan). - Gambar hiasan/ Bernama

KUALA LUMPUR: Sebanyak 97.9 peratus daripada 18,688 kes COVID-19 baharu yang dicatatkan hari ini adalah pesakit kategori 1 dan 2 yang tidak menunjukkan gejala serius.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata seramai 8,928 kes atau 47.8 peratus berada dalam bagi kategori 1 iaitu mereka yang tidak bergejala, manakala 9,359 orang atau 50.1 peratus berada dalam kategori 2 (bergejala ringan).

Sementara pesakit kategori 3, yang mengalami jangkitan paru-paru adalah seramai 135 orang, atau 0.7 peratus.

Selain itu, seramai 81 orang atau 0.4 peratus pula berada dalam kategori 4 iaitu mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen,

Dr Noor Hisham berkata, bagi kategori 5 iaitu bergejala kritikal dengan jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan, bilangan pesakit adalah seramai 185 orang bersamaan 1.0 peratus daripada keseluruhan kes.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed '15 individu didenda antara RM800 hingga RM3,500 be' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 20 mins ago
A visitor from George town viewed 'AWAS AI Speed Trap Camera's To Begin in June - The' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siasatan terhadap ibu bapa Zayn Rayyan bukan sambi' 31 mins ago
A visitor from San pablo city viewed 'Former MIT athletes among 6 dead in NY plane crash' 34 mins ago
A visitor from Volgograd viewed 'Dera Anak Guna Pisau Panas, Ibu Tiri Dipenjara 24 ' 35 mins ago
A visitor from San jose viewed '32 syarikat tempatan, asing tunjuk minat buka oper' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '32 syarikat tempatan, asing tunjuk minat buka oper' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Police investigate viral video of angry woman hitt' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Arsenal‘s 2-2 draw against Crystal Palace Means Li' 1 hr 34 mins ago