Translate

09 February 2021

Perempuan 13 Tahun Dirogol Empat Lelaki Selepas Berkenalan Di WhatsApp

Remaja perempuan 13 tahun dirogol empat lelaki selepas berkenalan di WhatsApp

Astro Awani
9/2/2021

PENGKALAN HULU: Polis berjaya memberkas enam lelaki tempatan semalam, yang dipercayai terlibat dalam kejadian rogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di sini.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintenden Zulkepli Ibrahim berkata, ia ekoran laporan yang diterima kira-kira 2 petang, melibatkan mangsa yang mendakwa dirogol secara berkumpulan di sebuah rumah di Kampung Simpang Perak, Ayer Panas.

Menurutnya, mangsa mendakwa telah berkenalan dengan salah seorang suspek melalui aplikasi WhatsApp pada 5 Febuari lalu sebelum dipelawa untuk bersiar-siar di sekitar Pengkalan Hulu kira-kira jam 7.50 malam keesokan harinya.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke sebuah rumah dan dirogol oleh suspek berkenaan, sebelum turut diroogol oleh tiga lagi lelaki di tiga bilik berasingan di rumah tersebut antara jam 11 malam 6 Febuari sehingga 3 petang 7 Febuari.

“Mangsa kemudian ditinggalkan di tepi jalan besar Kampung Tanjung Kala, Gerik pada 7 Febuari jam sekitar 6.30 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkepli berkata, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah.

Menurutnya, berdasarkan laporan yang dibuat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu berjaya menangkap enam lelaki berusia antara 18 hingga 58 tahun di beberapa lokasi berlainan di sekitar daerah Pengkalan Hulu.

Kesemua suspek direman sehingga 15 Februari dan kes disiasat dibawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Polis rujuk tiga kertas siasatan 'doktor tidak sen' 2 mins ago
A visitor from Washington viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 10 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pembinaan 12 set tren baharu untuk Komuter Utara d' 18 mins ago
A visitor from Amsterdam viewed 'BEST FBKL' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Jangan gantung objek lain pada sistem semburan air' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Botol 'Kembali Dara' 'Ladies Collagen' Rupanya Dad' 41 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Botol 'Kembali Dara' 'Ladies Collagen' Rupanya Dad' 43 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Popular television host, actress and entrepreneur ' 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed '3.14 juta kenderaan dijangka memasuki Pahang Aidil' 48 mins ago