Translate

10 February 2021

Permohonan Skim NaDI dan Go Digital Kini Dibuka, Bantu Penjaja Kecil


Permohonan Skim NaDI dan Go Digital kini dibuka, bantu penjaja kecil

BERNAMA
10/02/2021 

SHAH ALAM, 10 Feb -- Golongan penjaja kecil makanan, minuman serta peruncit mikro di Selangor kini boleh memohon Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) dan Skim Pembiayaan Go Digital (Go Digital) yang dibuka mulai hari ini, bagi membantu kelangsungan perniagaan mereka.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM15 juta diperuntukkan bagi kedua-dua skim itu yang bertujuan membantu golongan tersebut mengalihkan perniagaan mereka kepada secara dalam talian sebagai pilihan, khususnya ketika pandemik COVID-19 melanda negara.

“Tawaran skim pinjaman mikro kredit ini (NaDI) diberikan untuk menampung kos operasi dan Go Digital pula bertujuan mengadaptasi perniagaan mereka ke platform e-dagang khususnya dalam memacu agenda digitalisasi Selangor,” katanya semasa mengumumkan skim tersebut di laman Facebook Hijrah Selangor, hari ini.

Amirudin berkata kedua-dua skim yang dikendalikan Yayasan Hijrah Selangor itu juga adalah bagi memenuhi inisiatif yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan Selangor 2021, November tahun lepas.

Beliau berkata Skim NaDI menawarkan pembiayaan antara RM1,000 hingga RM5,000 kepada rakyat Selangor berumur 18 hingga 60 tahun, yang sedang atau masih baru menjalankan perniagaan dengan kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Skim Go Digital pula menyasarkan usahawan Selangor yang ingin mengadaptasi perniagaan sedia ada mereka ke platform digital. Ia dilengkapi empat elemen iaitu sistem dan peralatan, program pemasaran, latihan serta pemantauan yang akan dipantau oleh syarikat peneraju dilantik,” katanya.

Mereka yang berminat boleh melayari www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut atau klik pautan https://forms.gle/r2ryDetuBt6Thf6V6 bagi menyemak status kelayakan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED