Penyebaran video lama, Ismail Sabri buat laporan polis
Harian Metro
13/2/2021
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan polis berhubung penyebaran video lama yang memfitnah beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Akhbarnya, Azlina Md Rosdy di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira jam 12 tengah hari Sabtu. Azlina berkata, laporan itu bertujuan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas individu menyebarkan dua video lama yang bukan saja cuba merosakkan nama Ismail Sabri malah boleh menimbulkan huru-hara antara kaum.
Selain itu, Azlina berkata, video kedua bertajuk 'Sendiri Buat SOP Sendiri Langgar' yang tular itu sebenarnya rakaman Ismail Sabri menghadiri majlis santai bersama penggiat seni tanah air sempena Kempen Tabung Hari Pahlawan pada 16 September tahun lalu.
Source: Harian Metro YouTube