Translate

13 February 2021

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 13 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

13 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,515 kes (209,289 kes kumulatif, 79.9%);
  • Kes baharu : 3,499 kes (261,805 kes kumulatif);
  • Kes import : 1 kes (1 warganegara);
  • Kes tempatan : 3,498 kes [1,871 warganegara (53.5%); 1,627 bukan warganegara (46.5%)];
  • Kes aktif : 51,558 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 263 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 118 kes; dan
  • Kes kematian : 5 kes (958 kes kumulatif, 0.37%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,345 kes (38.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,052 kes (78.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 802 kes (23.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  sebanyak 511 kes (14.6 peratus).

Sebanyak 70 kes (2.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (46 kes), Tembok Sungai Udang (18 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua (2) kes di Selangor serta masing-masing satu (1) kes di Sabah, Johor, dan Terengganu. Kesemua kes kematian melibatkan  warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 13 Februari 2021;

  • Jumlah kluster : 972 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 489 kluster (termasuk 11 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit Bakar, Kluster Jalan Timah, Kluster Seragam Chepa, Kluster Restoran Putra, Kluster Tapak Bina Jalan Desa, Kluster Pekeliling, Kluster Jalan Chu, Kluster Tapak Bina Laut, Kluster Tapak Bina Matahari, Kluster Pagar Bentong, dan Kluster Jalan Sembrong);
  • Jumlah kluster aktif : 483 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 85 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah  Kluster Sungai Putus (271 kes), Kluster Persiaran Synergi Utama (219 kes), dan Kluster Tapak Bina Lorong Peel (187 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan sembilan (9) kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Persiaran Synergi UtamaJohorTempat Kerja
2Jalan i-Park SatuJohorTempat Kerja
3Jalan Lengkok SatuJohorTempat Kerja
4Lebuh KeluliSelangorTempat Kerja
5Industri SelesaSelangorTempat Kerja
6Tapak Bina Lorong PeelWP Kuala LumpurTempat Kerja
7Tapak Bina  Jalil UtamaWP Kuala LumpurTempat Kerja
8Persiaran Bunga TanjungNegeri SembilanTempat Kerja
9Bukit TengahTerengganuTempat Kerja
10Jalan Tun RazakWP Kuala LumpurKumpulan Berisiko Tinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

13 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 13 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,345 (1)85,840
SABAH10151,216
WP KUALA LUMPUR51131,668
JOHOR80230,345
NEGERI SEMBILAN5813,019
PULAU PINANG1389,759
PERAK1217,308
KEDAH1116,936
SARAWAK1526,425
MELAKA505,631
KELANTAN  443,911
PAHANG133,516
TERENGGANU462,820
WP LABUAN22,224
WP PUTRAJAYA3993
PERLIS2194
JUMLAH KESELURUHAN3,499 (1)261,805

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 3,499 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 13 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,345 kes 
    • 471 kes daripada kluster-kluster; termasuk 38 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Lebuh Keluli dan Kluster Industri Selesa;
    • 581 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 292 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 802 kes  
    • 411 kes daripada kluster-kluster, termasuk 361 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Synergi Utama, Kluster Jalan i-Park Satu, dan Kluster Jalan Lengkok Satu;
    • 183 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 208 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 511 kes  
    • 335 kes daripada kluster-kluster, termasuk 312 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Lorong Peel, Kluster Tapak Bina Jalil Utama, dan Kluster Jalan Tun Razak;
    • 91 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 85 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 152 kes
    • 79 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 138 kes 
    • 47 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 121 kes
    • 62 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 111 kes
    • 46 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 39 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 101 kes 
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 68 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 58 kes
    • 31 kes daripada kluster-kluster; termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Bunga Tanjung;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 50 kes
    • 27 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 46 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster; termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Tengah;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 44 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 13 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan lima (5) kes kematian pada 13 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
954152927SabahLelaki (WN)32Hospital TawauPenyakit darah tinggi, kencing manis, jantung, dan buah pinggang kronik
955210225SelangorLelaki (WN)56Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
956213659JohorLelaki (WN)68Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
957234808TerengganuPerempuan (WN)60Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit kencing manis, darah tinggi, liver cirrhosis, dan primary aldosteronism
958252679SelangorLelaki (WN)20Hospital Sungai BulohLimfoma

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER PERSIARAN SYNERGI UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Persiaran Synergi Utama, Kawasan Perindustrian Synergi Utama, Senai. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 712 individu telah disaring, di mana 220 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN i-PARK SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif  COVID-19 bermula pada 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan i-Park, Kawasan Perindustrian i-Park, Bandar Indahpura, Kulai. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 643 individu telah disaring, di mana 80 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN LENGKOK SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Lengkok, Taman Nusajaya Industri 1, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA LORONG PEEL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak bina yang terletak di Lorong Peel, Taman Maluri, Cheras. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 497 individu telah disaring, di mana 187 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALIL UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak bina yang terletak di Lebuhraya Bukit Jalil, Bandar Bukit Jalil. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 416 individu telah disaring, di mana 123 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LEBUH KELULI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Petaling, dan Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 29 Januari  2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Selatan, Jalan Keluli, Seksyen 7, Shah Alam. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 664 individu telah disaring, di mana 132 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI SELESA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif  COVID-19 pada 13 Februari  2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Industri Selesa Jaya, Balakong, Seri Kembangan. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 856 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN BUNGA TANJUNG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban dan Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-237684) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Persiaran Bunga Tanjung, Kawasan Perusahaan Senawang Baru, Seremban. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 252 individu telah disaring, di mana 55 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUKIT TENGAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-251593) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perlombongan yang terletak di Kawasan Bukit Tengah, Kerteh, Kemaman. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 113 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TUN RAZAK

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa, Cheras, dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-184668) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Jalan Tun Razak. Sehingga 13 Februari 2021, sejumlah 884 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED