Translate

11 February 2021

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 11 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

11 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,774 kes (202,269 kes kumulatif, 79.3%);
  • Kes baharu : 3,384 kes (254,988 kes kumulatif);
  • Kes import : 15 kes (5 warganegara; 10 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,369 kes [1,954 warganegara (58.0%); 1,415 bukan warganegara (42.0%)];
  • Kes aktif : 51,783 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 259 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 122 kes; dan
  • Kes kematian : 13 kes (936 kes kumulatif , 0.37%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,082 kes (32.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 898 kes (83.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 777 kes (23.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  sebanyak 435 kes (12.9 peratus).

Sebanyak 93 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (35 kes), Kluster Tembok Taiping (24 kes), Kluster Tembok Bendera (14 kes), Tembok Bukit Besi (11 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes), Kluster Tembok Renggam (2 kes), dan Kluster Tembok Mempaga (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing tiga (3) kes di Selangor dan Sabah, dua (2) kes di Johor dan  Terengganu serta satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan Sarawak. Kes-kes kematian melibatkan 11 warganegara dan dua (2) bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 11 Februari 2021;

  • Jumlah kluster : 948 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :17 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 471 kluster (termasuk enam (6) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kampung Pitas, Kluster Tapak Bina Permai, Kluster Keladi, Kluster Jalan Nakhoda, Kluster Tembok Choh, dan Kluster Langit Selatan);
  • Jumlah kluster aktif : 477 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 85 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah  Kluster Perdana (155 kes), Kluster Jalan Air Hitam (108 kes), dan Kluster Tanjung Suria (101 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster komuniti dan masing-masing satu (1) kluster pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Air HitamJohorTempat Kerja
2Jalan Perindustrian GetahJohorTempat Kerja
3Kampung Tanjung SelabuJohorTempat Kerja
4Jalan Raja MuarJohorTempat Kerja
5Jalan Gemilang LimaJohorTempat Kerja
6Jalan Bakawali RamunJohorKomuniti
7Subang DelimaSelangorTempat Kerja
8Jalan Bukit SentosaSelangorTempat Kerja
9Tapak Bina Lembah SubangSelangorTempat Kerja
10Jalan BerhalaWP Kuala LumpurTempat Kerja
11Jalan TelawiWP Kuala LumpurTempat Kerja
12Bukit AngkasaWP Kuala LumpurTempat Kerja
13PerdanaKedahTempat Kerja
14DedapKedahTempat Kerja
15Jalan Bukit BaruMelakaKumpulan Berisiko Tinggi
16Nanga LijanSarawakKomuniti
17Tembok BenderaPerakPusat Tahanan

NASIHAT UMUM BAGI MENGURANGKAN RISIKO PENULARAN COVID-19 KETIKA MERAIKAN TAHUN BARU CINA  

Makan besar sempena Tahun Baru Cina merupakan satu adat yang menjadi tradisi bagi masyarakat Cina di Malaysia. Kerajaan telah membenarkan tidak lebih daripada 15 orang ahli keluarga yang tinggal dalam lingkungan 10 km radius untuk berkumpul bersama bagi tujuan makan besar ini. Semasa pandemik COVID-19, langkah berjaga-jaga perlu diamalkan bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada ahli keluarga, terutamanya golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang menghidapi penyakit kronik. Perlu diingatkan bahawa, mereka yang dijangkiti COVID-19 mungkin tidak bergejala. Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihati agar perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini disambut dengan norma baharu iaitu:

  • Perayaan disambut dengan ahli keluarga dari rumah yang berlainan secara maya;
  • Bilangan orang yang hadir jika berkumpul secara fizikal dihadkan;
  • Tidak hadir atau berkumpul dengan ahli keluarga jika berasa tidak sihat;
  • Tempoh masa berkumpul dihadkan;
  • Aktiviti berkumpul di luar rumah adalah digalakkan;
  • Tingkap dan pintu dibuka untuk pengudaraan yang lebih baik sekiranya berada di dalam rumah. Sebaik-baiknya, gunakan penapis udara dalam bilik jika ada;
  • Elakkan aktiviti sembang dekat, sembang kuat, menjerit, dan menyanyi kerana lebih banyak virus boleh tersebar melalui aktiviti tersebut;
  • Pakai pelitup muka setiap masa dan hanya tanggalkan ketika waktu makan;
  • Tidak berkongsi perkakas makanan dan minuman;
  • Jaga penjarakan fizikal sebanyak yang boleh sekurang-kurangnya 1 meter;
  • Cuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer sekerap yang boleh. Elakkan sentuhan mata, hidung dan mulut tanpa mencuci tangan terlebih dahulu.

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikan perayaan ini. Semoga perayaan Tahun Baru Cina 2021 disambut dengan norma baharu bagi menghindari jangkitan COVID-19.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 11 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,082 (3)83,281
SABAH142 (1)50,997
WP KUALA LUMPUR435 (7)30,783
JOHOR777 (1)28,801
NEGERI SEMBILAN8912,843
PULAU PINANG1449,472
PERAK827,088
KEDAH228 (2)6,637
SARAWAK1846,190
MELAKA1015,536
KELANTAN  483,788
PAHANG213,473
TERENGGANU262,702
WP LABUAN14 (1)2,221
WP PUTRAJAYA7984
PERLIS4192
JUMLAH KESELURUHAN3,384 (15)254,988

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 3,384 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 11 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,082  kes 
    • 324 kes daripada kluster-kluster; termasuk 52 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Lembah Subang, Kluster Subang Delima, dan Kluster Jalan Bukit Sentosa;
    • 574 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 181 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 777 kes  
    • 518 kes daripada kluster-kluster, termasuk 403 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Air Hitam, Kluster Jalan Perindustrian Getah, Kluster Kampung Tanjung Selabu, Kluster Jalan Raja Muar, Kluster Jalan Gemilang Lima, dan Kluster Jalan Bakawali Ramun;
    • 170 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 88 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 435 kes  
    • 234 kes daripada kluster-kluster, termasuk 33 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Berhala, Kluster Jalan Telawi, dan Kluster Bukit Angkasa;
    • 80 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tujuh (7) kes import dari luar negara; dan
    • 114 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 228 kes
    • 174 kes daripada kluster-kluster, termasuk 165 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perdana dan Kluster Dedap;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 184 kes
    • 81 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Nanga Lijan;
    • 65 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 38 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 144 kes 
    • 75 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 48 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 142 kes 
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 108 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 101 kes
    • 88 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bukit Baru;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 89 kes
    • 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 82 kes
    • 47 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok Bendera;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 48 kes
    • 31 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 26 kes
    • 11 kes daripada kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 21 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 14 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Perlis : Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 13 kes kematian pada 11 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
924198175Terengganu  Lelaki (WN)53Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
925220206SelangorPerempuan (WN)63Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan penyakit buah pinggang kronik   
926226570SarawakLelaki (WN)71Hospital SibuPenyakit Still, kelenjar tiroid, dan  Myelodysplastic Syndrome
927249245SelangorPerempuan (WN)78Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, jantung, fibrosis paru-paru, dan psoriasis
928249253SelangorPerempuan (WN)69Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
929250201SabahPerempuan (WN)87Jenazah dibawa ke Hospital TawauPenyakit darah tinggi dan strok
930250202SabahLelaki (WN)83Jenazah dibawa ke Hospital TawauPenyakit darah tinggi dan strok
931250977JohorPerempuan (WN)38Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit darah tinggi dan terlantar
932250977JohorPerempuan (WN)38Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis
933251139Negeri SembilanLelaki (WN)56Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit kencing manis
934251597TerengganuLelaki (WN)40Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
935250203SabahLelaki (BWN)66Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan
936250591WP Kuala Lumpur  Lelaki (BWN)42Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER TAPAK BINA LEMBAH SUBANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan PJU, Petaling Jaya. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 404 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUBANG DELIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Delima, Subang Hi-tech Industrial Park, Shah Alam. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 452 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BUKIT SENTOSA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-220264) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pegawai dan kontak sekerja di sebuah pusat latihan yang terletak di Jalan Bukit Sentosa, Rawang. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 85 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BERHALA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang menetap di Jalan Berhala, Brickfields, Lembah Pantai. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 82 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TELAWI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes- kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar Baru, Lembah Pantai. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUKIT ANGKASA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes- kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar pengawal-pengawal keselamatan yang menetap di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, Lembah Pantai. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN AIR HITAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 2, Jalan Air Hitam, Kulai. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 404 individu telah disaring, di mana 108 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG TANJUNG SELABU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif  COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kampung Tanjung Selabu, Sungai Terap, Muar. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 550 individu telah disaring, di mana 92 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PERINDUSTRIAN GETAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif  COVID-19 bermula pada 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Senai Industrial Estate, Kulai. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 193 individu telah disaring, di mana 102 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  1. KLUSTER JALAN RAJA MUAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif  COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Raja, Mukim Sungai Raya, Muar. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 378 individu telah disaring, di mana 59 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN GEMILANG LIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Indah Gemilang, Taman Perindustrian Gemilang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 136 individu telah disaring, di mana 42 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BAKAWALI RAMUN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-244544) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Bakawali, Felda Bukit Ramun, Kota Tinggi. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEMBOK BENDERA

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kinta dan Batang Padang di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 244969) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan tahanan. Kluster ini melibatkan sebuah penjara yang terletak di Kampung Bendera, Batu Gajah, Kinta. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER NANGA LIJAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Julau di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-231012) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kontak keluarga dan kontak rapat kepada kes indeks yang tinggal di sebuah rumah panjang yang terletak di Nanga Lijan, Julau. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 116 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERDANA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Perdana, Bandar Perdana, Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 1,006 individu telah disaring, di mana 233 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DEDAP

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Yan di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-247853) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Kampung Sungai Dedap, Kota Sarang Semut, Yan. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 24 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BUKIT BARU

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-248161) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kes ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Bukit Baru, Melaka Tengah. Sehingga 11 Februari 2021, sejumlah 134 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED