Translate

10 February 2021

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 10 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

10 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 10 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,929 kes (198,495 kes kumulatif, 78.9%);
  • Kes baharu : 3,288 kes (251,604 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (3 warganegara; 2 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 3,283 kes [1,889 warganegara (57.5%); 1,394 bukan warganegara (42.5%)];
  • Kes aktif : 52,186 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 285 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 131 kes; dan
  • Kes kematian : 14 kes (923 kes kumulatif , 0.37%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,757 kes (53.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,552 kes (88.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  sebanyak 408 kes (12.4 peratus) dan Johor sebanyak 369 kes (11.2 peratus).

Sebanyak 63 kes (1.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (46 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (7 kes), Kluster Tembok Renggam (5 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (2 kes), Kluster Tembok Taiping (1 kes), Kluster Matambai (1 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan lima (5) kes di Selangor, empat (4) kes di Sabah, dua (2) kes di Johor, dan masing-masing satu (1) kes di Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Putrajaya. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 10 Februari 2021;

  • Jumlah kluster : 931 kluster;
  • Jumlah kluster baharu :11 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 465 kluster (termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Genting, Kluster Harum, Kluster Medan Idaman, dan Kluster Wakaf Lanas);
  • Jumlah kluster aktif : 466 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 82 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria (356 kes), Kluster Persiaran Perkilangan (319 kes), dan Kluster Jalan Cochrane (104 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tujuh (7) kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing dua (2) kluster melibatkan komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Industri WawasanSelangorTempat Kerja
2Batu 20SelangorTempat Kerja
3Tapak Bina Persiaran SepangSelangorTempat Kerja
4Tapak Bina Jalan TandokWP Kuala LumpurTempat Kerja
5Jalan Dua BelasWP Kuala LumpurTempat Kerja
6Jalan Tiga KKIPSabahTempat Kerja
7Jalan Uda UtamaJohorTempat Kerja
8Jalan Kancil WahaJohorKomuniti
9Lorong SahabatJohorKomuniti
10Lorong Bersatu DamaiSabahKumpulan Berisiko Tinggi
11Jalan HarunWP Kuala LumpurKumpulan Berisiko Tinggi

PUSAT PENILAIAN COVID-19 (COVID-19 ASSESSMENT CENTER – CAC)

Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) ditubuhkan bagi mengendalikan penilaian pesakit-pesakit positif COVID-19 yang menjalani rawatan pemantauan di rumah. Perkhidmatan CAC ini telah dimulakan pada 25 Januari 2021 secara berperingkat di semua negeri. Sehingga kini, terdapat 152 buah pusat CAC yang sedang beroperasi di seluruh negara dan secara kumulatif, sejumlah 60,052 pesakit telah dipantau oleh CAC. Pada masa ini, CAC sedang memantau seramai 20,089 pesakit yang sedang menjalani pengasingan di rumah. Pecahan ikut negeri adalah seperti di Lampiran 5.

Secara umumnya, CAC bertindak sebagai pusat rujukan bagi mengenal pasti, menilai, memantau, serta menguruskan pesakit yang telah disahkan positif COVID-19. Penilaian dan pemantauan kepada kesemua pesakit ini dijalankan oleh pasukan yang diketuai oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga serta dibantu oleh anggota-anggota sokongan klinikal yang lain. 

Bagi melancarkan perkhidmatan, CAC beroperasi sama ada di stadium, dewan komuniti, balai raya atau mana-mana fasiliti Kerajaan, bergantung kepada kesesuaian dan keperluan setempat. Secara umumnya, CAC beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja. Walau bagaimana pun, terdapat juga CAC yang beroperasi pada hari minggu. Butiran lanjut mengenai waktu operasi CAC ini dipaparkan di Portal Rasmi COVID-19 Malaysia KKM (covid-19.moh.gov.my/hotline) dan media sosial (Facebook) Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing.

Pesakit-pesakit COVID-19 yang tidak bergejala dan bergejala ringan serta memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh KKM akan menjalani pengasingan di rumah selama sepuluh (10) hari. Pengurusan pesakit-pesakit ini adalah tertakluk di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kes Jangkitan Penyakit Korona Virus 2019 (COVID-19), Akta Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Kesemua pesakit ini akan dipakaikan gelang pengawasan (wristband) sepanjang tempoh pengasingan mereka di rumah.

Selain itu, pemantauan kendiri perlu dilaksanakan oleh pesakit sepanjang tempoh pengasingan iaitu melalui Home Assesment Tool yang dibekalkan oleh CAC. Pesakit-pesakit tersebut juga perlu melaporkan status kesihatan setiap hari melalui aplikasi MySejahtera atau apabila dihubungi oleh anggota kesihatan.

Sekiranya pesakit-pesakit mengalami kemerosotan gejala, mereka dinasihatkan agar menghubungi CAC dengan kadar segera atau talian 999 untuk kecemasan.  Maklumat lanjut berkenaan pemantauan kendiri di rumah boleh dirujuk di laman sesawang Portal COVID-19 Malaysia KKM.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

10 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 10 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,757 (1)82,199
SABAH13250,855
WP KUALA LUMPUR408 (4)30,348
JOHOR36928,024
NEGERI SEMBILAN15712,754
PULAU PINANG599,328
PERAK427,006
KEDAH486,409
SARAWAK1356,006
MELAKA925,435
KELANTAN  443,740
PAHANG143,452
TERENGGANU242,676
WP LABUAN32,207
WP PUTRAJAYA4977
PERLIS0188
JUMLAH KESELURUHAN3,288 (5)251,604

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 3,288 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 10 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,757  kes 
    • 923 kes daripada kluster-kluster; termasuk 91 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Industri Wawasan, Kluster Batu 20, dan Kluster Tapak Bina Persiaran Sepang;
    • 629 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 204 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 408 kes  
    • 149 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Harun, Kluster Jalan Dua Belas, dan Kluster Tapak Bina Jalan Tandok;
    • 115 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 140 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 369 kes  
    • 110 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kancil Waha, Kluster Jalan Uda Utama, dan Kluster Lorong Sahabat;
    • 109 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 150 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 157 kes
    • 80 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 135 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 85 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 132 kes 
    • 24 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tiga KKIP dan Kluster Bersatu Damai;
    • 69 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 39 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 92 kes
    • 77 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 59 kes 
    • 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 48 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 44 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 42 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 24 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 14 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 14 kes kematian pada 10 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
910136276SabahLelaki (WN)62Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
911155059WP PutrajayaLelaki (WN)36Hospital Kuala LumpurObesiti
912170220SabahPerempuan (WN)57Hospital TawauPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
913178433WP Kuala LumpurLelaki (WN)68Hospital Sungai Buloh
914187804SelangorLelaki (WN)63Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
915195884SabahLelaki (WN)94Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit asma
916195909SabahLelaki (WN)42Hospital TawauPenyakit darah tinggi, obesiti, dan buah pinggang kronik
917199189SelangorLelaki (WN)69Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan dislipidemia
918215145SelangorLelaki (WN)89Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi dan jantung
919237235JohorPerempuan (WN)86Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
920237976KedahPerempuan (WN)91Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
921240222SelangorLelaki (WN)62Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan jantung
922243072SelangorLelaki (WN)61KPJ KajangPenyakit jantung dan obesiti
923244543JohorLelaki (WN)63Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER BATU 20

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat di Jalan Ipoh, Batu 20, Rawang. Sehingga 10 Februari 2021, sejumlah 205 individu telah disaring, di mana 42 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI WAWASAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Wawasan, Kawasan Perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang. Sehingga 10 Februari 2021, sejumlah 116 individu telah disaring, di mana 38 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN SEPANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Persiaran Sepang, Cyberjaya, Sepang. Sehingga 10 Februari 2021, sejumlah 526 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN TANDOK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Tandok, Lembah Pantai. Sehingga 10 Februari 2021, sejumlah 188 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN HARUN

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-250327) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan di Jalan Dato Haji Harun, Taman Taynton View, Cheras. Sehingga 10 Februari 2021, sejumlah 11 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DUA BELAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-201916) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak berdekatan Jalan 1A/12A, Kampung Batu Muda, Kepong. Sehingga 10 Februari 2021, sejumlah 103 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN UDA UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-244548) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam di Kota Iskandar, Johor Bahru. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Uda Utama, Bandar Uda Utama, Johor Bahru. Sehingga 10 Februari 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LORONG SAHABAT

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kluang di Johor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-233883) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Lorong Sahabat, Kampung Tengah, Kluang . Sehingga 10 Februari 2021, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KANCIL WAHA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-202935) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Kancil, Rumah Kakitangan Felda Simpang Waha, Kota Tinggi. Sehingga 10 Februari 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TIGA KKIP

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-232875) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Tiga KKIP, Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Kota Kinabalu. Sehingga 10 Februari 2021, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LORONG BERSATU DAMAI

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Tuaran, dan Penampang di Sabah.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-243805) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan sebelum kemasukan ke wad. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Lorong Bersatu, Jalan Damai, Kota Kinabalu. Sehingga 10 Februari 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

LAMPIRAN 5

DATA PRELIMINARI

KUMULATIF PESAKIT POSITIF COVID-19 YANG HADIR KE CAC MENGIKUT NEGERI

(Data: 25 Januari – 9 Februari 2021)

NegeriKedatangan Pesakit ke CACBilangan Pesakit Menjalani Pengasingan di Rumah
Perlis2727
Kedah1,031116
P.Pinang1,686531
Perak1,622936
Selangor24,8635,258
WPKL&P8,0224,489
N. Sembilan1,015607
Melaka3,128968
Johor16,5616,016
Pahang843229
Terengganu214155
Kelantan822731
Sabah19823
WP Labuan203
JUMLAH60,05220,089

*Sarawak masih mampu menangani kess Kategori 1 & 2 di PKRC/Hospital

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED