Translate

11 February 2021

Gerakan Diterima Sebagai Parti Anggota PN (Perikatan Nasional)

Gerakan diterima sertai gabungan PN - PM Muhyiddin

BERNAMA
11/02/2021

KUALA LUMPUR, 11 Feb -- Parti Gerakan hari ini secara rasmi menganggotai gabungan Perikatan Nasional (PN).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi PN berkata, penyertaan Gerakan sebagai parti anggota gabungan itu telah diluluskan secara sebulat suara oleh Majlis Tertinggi PN.

Beliau percaya langkah itu akan memperkukuhkan PN sebagai gabungan parti politik yang mewakili masyarakat pelbagai kaum dan wilayah di Malaysia.

“Saya amat mengalu-alukan penyertaan Gerakan dalam PN. PN akan terus komited untuk membina negara Malaysia yang aman, maju, makmur dan stabil,” katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya hari ini.

Surat penerimaan kemasukan Gerakan sebagai parti anggota PN, diserahkan Muhyiddin kepada Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau, hari ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED