Empat mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Batu Pahat
Astro Awani
13/2/2021
BATU PAHAT: Empat lelaki dipercayai warga asing mati ditembak dalam kejadian pergelutan dan berbalas tembakan dengan pihak polis Johor pagi tadi.
Dalam kejadian di Jalan Pagoh-Parit Sulong di sini sekitar jam 3.15 pagi tadi, seorang anggota polis turut cedera di bahagian tangan akibat ditikam kerambit.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sebelum kejadian pihak polis menahan dua buah kenderaan yang mencurigakan untuk membuat pemeriksaan.
Namun secara tiba-tiba pemandu serta penumpang dari kenderaan jenis Toyota Avanza itu bertindak agresif dengan mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah polis.
“Pada masa yang sama penumpang Toyota Avanza serta pemandu dan penumpang Perodua Myvi cuba melarikan diri. Apabila hendak ditahan telah berlaku pergelutan dan suspek telah menyerang anggota pasukan dengan parang dan pisau kerambit.
"Salah seorang suspek telah menikam anggota polis. Untuk mempertahankan diri serta menghentikan ancaman suspek, pasukan telah membalas tembakan dan serangan suspek sehingga tiada lagi ancaman," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, Johor.
Jelas Ayob Khan lagi, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua suspek yang tiada pengenalan diri berumur lingkungan antara 23 tahun hingga 40 tahun serta berkulit cerah.
Sepucuk pistol revolver berwarna hitam berisi enam kelonsong peluru, dua parang, sebilah kerambit, sebuah Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran palsu, sebuah Toyota Avanza dan peralatan pecah rumah telah dirampas.
Dalam pemeriksaan itu juga, sepucuk pistol jenis revolver berwarna hitam berisi enam kelongsong peluru, dua parang, sebilah kerambit, sebuah Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran palsu, sebuah Toyota Avanza dan peralatan pecah rumah telah dirampas.
Semakan lanjut mendapati kenderaan jenis Perodua Myvi yang dirampas dilaporkan hilang di kawasan Desa Cemerlang, Seri Alam, Johor.
Sidang Media Khas Ketua Polis Johor
Pihak polis percaya kumpulan ini aktif melakukan samun dan pecah masuk premis pejabat kilang dl sekitar negeri Johor.
Kesemua suspek dibedah siasat di Hospital Enche Besar Hajah Khalsom, di Kluang.
Kes disiasat dl bawah seksyen 307/186 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh dan menghalang penjawat awam.
Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO: