Translate

11 February 2021

Ebit Lew Taja Sepenuhnya Pengajian Pelajar Cemerlang Nurul Asma


Ustaz Ebit Lew Taja Adik NURUL ASMA ALYA RM40 Ribu Untuk Sambung Pengajian

Ebit Lew taja sepenuhnya pengajian pelajar cemerlang Nurul Asma

Astro Awani
11/2/2021

KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memaklumkan akan menaja sepenuhnya kos pengajian pelajar cemerlang, Nurul Asma Alya Mohd Zainal bagi melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perakaunan di luar negara.

Menerusi kemas kini di laman Facebook, Ebit berkata, tajaan tersebut melibatkan lebih RM40,000 untuk tempoh pengajian selama dua tahun setengah termasuk penginapan.

“Tadi saya sudah hubungi universiti dan mereka terima kemasukannya bulan April.

“Kami hadiahkan juga laptop dan router serta Wifi. Wifi oleh Digi (diberi) percuma selama setahun, dan beri sedikit duit sumbangan buat emak adik ini,” katanya dalam entri tersebut, pada Khamis.

Ebit turut memberikan sumbangan laptop kepada Nurul Asma

Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan hasrat Nurul Asma, 22, yang menerima tawaran melanjutkan pengajian di luar negara dalam bidang perakaunan terpaksa dilupakan susulan kekangan kewangan.

Selain itu, bekas pelajar Kolej Profesional Mara (KPM) dengan kelulusan 3.95 CGPA itu turut mengalami masalah ketiadaan beras dan lauk di rumahnya.

Bercerita lebih lanjut, Ebit berkata, beliau berasa sedih selepas menemui keluarga berkenaan kerana mereka menangis dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih.

Jelasnya, beliau bergegas ke Tumpat, Kelantan selepas mendengar kisah mengenai pelajar berkenaan.
“Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya Allah doa saya dikabulkan.

“Saya terbaca kisah adik ini pelajar MRSM Tumpat cemerlang.

“Hanya air mata dapat menggambarkan kesedihan seorang pelajar cemerlang di Kampung Banggol Petani, Wakaf Bharu kerana terpaksa melupakan cita-cita melanjutkan pengajian di peringkat ijazah perakaunan di luar negara,” katanya lagi.

Beliau dalam masa yang sama berharap Nurul Asma dapat mengecapi kejayaan dan berjaya membahagiakan keluarganya kelak.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ebit-lew-taja-sepenuhnya-pengajian-pelajar-cemerlang-nurul-asma-282475

 

Pagi ini ke Tumpat. Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya Allah doa saya...

Posted by Ebit Lew on Wednesday, February 10, 2021

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED