Translate

10 February 2021

Bantuan BPR: Kini Boleh Tukar Kata Laluan Secara Dalam Talian - LHDN

Bantuan BPR: Kini boleh tukar kata laluan secara dalam talian - LHDN

Astro Awani
10/2/2021

KUALA LUMPUR: Pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kini boleh menukar kata laluan MyBPR mereka secara dalam talian tanpa perlu hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

LHDN memaklumkan, penukaran kata laluan itu boleh dibuat di laman web BPR dengan menekan 'terlupa kata laluan', memasukkan nombor kad pengenalan dan akhirnya menekan 'semak'.

"Pemohon juga perlu memasukkan alamat emel yang telah didaftarkan bagi membolehkan kata laluan sementara dihantar," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Namun demikian LHDN berkata, bagi pemohon yang masih menghadapi masalah dalam melakukan proses ini, mereka boleh menghubungi Hotline BPR di talian 1800-88-2747 atau hadir ke mana-mana kaunter perkhidmatan BPR yang berhampiran.

Bagi mereka yang ingin hadir secara fizikal bagaimanapun dinasihatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai perkara ini boleh dibuat melalui saluran berikut:

a) Hotline BPR di talian 1800-88-2747
b) HASiL Live Chat
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED