Translate

01 February 2021

2 Maut Kereta Terjunam Dalam Tasik Biru

                               

DUA INDIVIDU MATI LEMAS KERETA DINAIKI TERJUNAM TASIK  

2 maut kereta terjunam dalam Tasik Biru

Astro Awani

RAWANG: Dua individu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita yang identiti mereka belum dikenal pasti maut selepas kereta dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam Tasik Biru di Jalan Kampung Setia, Batu Arang di sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat awam jam 6.10 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang dihantar ke lokasi kejadian.

"Laporan awal yang diterima membabitkan kemalangan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam tasik.

“Kedua-dua mayat itu ditemui pada kira-kira jam 8 malam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” menurutnya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Katanya tiada dokumen memaparkan maklumat peribadi ditemui pada kedua-dua mayat berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca kejadian.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/2-maut-kereta-terjunam-dalam-tasik-biru-280681

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengundi Cina Semakin Hilang Minat Terhadap PH, DA' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'HURU-HARA DI SHELL LUNDANG DIPERCAYAI AKIBAT MAIN ' 3 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Indonesia gagalkan cubaan seludup migran ke Malays' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 8 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 5 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM bekerjasama Interpol atur rakam percakapan an' 5 hrs 52 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Khidmat Nurul Izzah sebagai 'panglima perang' PKR ' 6 hrs 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termas' 6 hrs 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kegembiraan lapan sekawan bertukar tragedi, satu l' 6 hrs 31 mins ago