Translate

12 December 2020

Penarik Kereta Memandu Secara Berbahaya Direman Tujuh Hari (1 Video)


 

PENARIK KERETA | Insiden Cuba Lari Daripada Polis

Penarik kereta memandu secara berbahaya direman tujuh hari

BERNAMA
12/12/2020 



CHUKAI, 12 Dis -- Seorang penarik kereta yang memandu secara berbahaya secara mengundur dan melawan arus, bagi mengelak ditahan polis di Taman Perumahan Mak Chili di sini Khamis lepas, ditahan reman selama tujuh hari, bermula semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Mohd Haki Hasbullah berkata, kejadian tersebut bermula apabila suspek ingin menarik sebuah kenderaan namun tidak dibenarkan pemiliknya, lalu lelaki berusia 31 tahun itu bertindak memecahkan cermin menggunakan batu, sebelum melarikan diri.

“Selepas mendapat maklumat, polis mengejar suspek sejauh tiga kilometer sebelum berjaya menahannya di Jalan Air Putih di sini. Sebelum itu, suspek yang memandu Proton Inspira berwarna putih itu bertindak agresif dengan memandu secara berbahaya secara mengundur dan cuba melanggar kereta peronda polis.

“Suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman. Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 307 dan Seksyen 427 akta yang sama,” katanya pada sidang media di IPD Kemaman di sini hari ini, bagi mengulas mengenai kejadian yang tular di media sosial itu.

Mohd Haki berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan lesen penarikan kenderaan miliknya yang dikeluarkan oleh sebuah institusi kewangan juga telah tamat tempoh.

Dalam perkembangan lain, Mohd Haki berkata polis berjaya menahan seorang pengedar dadah dan merampas sejumlah 1,800 biji pil kuda bernilai RM27,000, dan tiga botol serbuk putih dipercayai dadah bernilai RM1,500 dan sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z.

Katanya lelaki berusia 36 tahun itu yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah, ditahan pada pukul 9.30 malam Khamis di tepi jalan di Kerteh, selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek yang beralamat dari Jerteh, Besut dipercayai datang ke Kemaman untuk mencari pasaran di sekitar daerah ini,” katanya.

Katanya suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis rampas minuman keras bernilai RM316,595 | BE' 1 min ago
A visitor from Putrajaya viewed 'An Exclusive Taste of Japan with Chef Fukuda Koji ' 1 min ago
A visitor from Klang viewed 'An Exclusive Taste of Japan with Chef Fukuda Koji ' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Penghormatan terakhir untuk semua' 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'An Exclusive Taste of Japan with Chef Fukuda Koji ' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'CelcomDigi, MoF Inc, YTL, Maxis & DNB meterai perj' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Empat individu rentas sempadan secara haram ditaha' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemandu bermasalah, abai penyeleng' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Suami isteri berdepan detik cemas kereta langgar g' 30 mins ago