Translate

06 December 2020

Ayah Syafiq Sedih Tidak Sempat Melihat Cucu Lelaki Berusia 22 Hari (5 Videos)

               

TMJ ucap takziah kepada pemain JDT, Syafiq Ahmad
Ayah Syafiq sedih tidak sempat melihat cucu lelaki berusia 22 hari

BERNAMA
06/12/2020 


NIBONG TEBAL, 6 Dis -- “Saya sangat sedih kerana tidak sempat melihat cucu lelaki yang baru lahir bulan lepas,” demikian luahan Ahmad Ibrahim, ayah kepada pemain bola sepak kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad, yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan anaknya awal pagi tadi.

Ahmad, 56, berkata keluarganya sudah merancang untuk melawat Syafiq di Johor yang baru dikurniakan cahaya mata 14 Nov, sebaik sahaja tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) berakhir.

“Saya dan isteri serta anak-anak yang lain gembira dan teruja untuk melawat cucu lelaki pertama kami, sudah mengambil cuti untuk menziarahi mereka di Johor, kini kami sekeluarga sangat sedih kerana tidak sempat melihat anak Muhammad Syafiq, hanya tengok jenazah dia sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik di Hospital Sungai Bakap (HSB), di sini hari ini.

Katanya beliau sekeluarga sepatutnya bertolak 11 Dis ini, tetapi terpaksa ditunda sekali lagi ke hujung bulan ini berikutan kawasannya di Bayan Baru di sini dikenakan pula perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Ahmad berkata beliau menerima panggilan 4 pagi tadi daripada orang awam, yang memaklumkan anaknya terlibat dalam kemalangan dan memintanya segera ke lokasi kejadian.

“Pada mulanya, saya ingat pemanggil tersalah orang namun pemanggil itu telah menyebut nama Muhammad Syafiq. Ketika itu saya langsung tidak menyangka Muhammad Syafiq yang terlibat dalam kemalangan, kerana saya tidak tahu dia dalam perjalanan ke rumah mentuanya di Pendang, Kedah,” katanya.

Beliau berkata sebelum ini, Muhammad Syafiq selalu balik dengan penerbangan, ini pertama kali dia memandu dari Johor.

“Saya telah bergegas ke tempat kejadian sejurus terima panggilan sebelum ke HSB dan diberitahu oleh Syafiq, kejadian tersebut berlaku sangat pantas dan dia cuba mengelak haiwan melintas sebelum kenderaannya terbabas dan merempuh pembahagi jalan,” katanya.

Katanya keadaan Muhammad Syafiq dan isterinya Nur Amalina Nur Ain, 25, serta seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, yang turut terlibat dalam kemalangan itu dilaporkan stabil, meskipun mengalami kecederaan.

Ahmad dimaklumkan oleh Muhammad Syafiq, anak lelakinya dan ibu mertuanya Zainab Wahab, 45, dijangka dikebumikan di Sungai Tiang, Pendang di Kedah, selepas selepas bedah siasat di HSB.

Dalam kejadian pada pukul 5.36 pagi itu, bayi lelaki Syafiq berusia 22 hari, Zainab dan pembantu rumahnya iaitu wanita warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an, maut dalam kemalangan itu, manakala penyerang JDT berusia 25 tahun itu bersama anak perempuannya Aaira Nur Saffiyya, cedera ringan. Nur Amalina pula dilaporkan cedera parah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Lee Chong Chern berkata kemalangan itu berlaku ketika kenderaan tersebut dalam perjalanan dari Johor ke Pendang, Kedah dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

FOR MORE NEWS GO TO:
Penyerang JDT Syafiq Ahmad Cedera, Bayi 22 Hari Dan Ibu Mertua Maut (1 Video)
https://bestfbkl.blogspot.com/2020/12/penyerang-jdt-cedara-bayi-22-hari-dan.html


Ayah Syafiq tak sempat jumpa cucu


Jenazah bayi, ibu mentua Syafiq pulang ke Pendang, Kedah
 


 Beri peluang Syafiq kembali pulih Cheng Hoe



Jenazah ibu mertua dan anak Syafiq Ahmad dikebumi di dalam satu liang

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED