Translate

19 April 2020

Malaysia | #Covid-19 Cases: New- 84 Total- 5389 Active- 2103 ICU- 46 (Ventilator- 26 ) | Discharged New- 95 Total- 3197 (59.3%) | Deaths New- 1 Total- 89 | 19 April 2020






Kenyataan Akhbar KPK 19 April 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 95 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,197 kes (59.32 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Seperti tren dilihat kebelakangan ini, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.
NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (5)
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA.
Sehingga 19 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 84 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,389 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,103 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Sehingga kini, seramai 46 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 26 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 89 kes (1.65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
  • Kes kematian ke-89 (kes ke-4769) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 51 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19, iaitu kes ke-2726. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 13 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 18 April 2020 jam 6.47 petang.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau. 
BM DATA KES SETIAP NEGERI 19 April-01
KLUSTER PELAJAR DARI MAGETAN, INDONESIA
Sebuah kluster baharu telah dikesan di pintu masuk antarabangsa iaitu di mana kes positif dikesan di kalangan rakyat Malaysia yang pulang daripada Indonesia melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April 2020. Kluster ini setakat ini terdiri daripada 43 orang pelajar yang disahkan positif COVID-19, di kalangan pelajar-pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang telah diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia. Masih terdapat beberapa kes yang masih menunggu keputusan.
Daripada jumlah keseluruhan 43 kes tersebut, seramai 34 orang telah dikuarantin di negeri Melaka dan sembilan (9) orang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini menunjukkan bahawa tindakan Kerajaan untuk mengambil langkah untuk kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan. Ini bagi memastikan kes import tidak menjangkiti penduduk Malaysia.
PENGLIBATAN MALAYSIA DI DALAM WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO) “SOLIDARITY TRIAL
Seperti yang telah dimaklumkan melalui Kenyataan Akhbar Bersama KKM dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 6 April 2020, “Kajiselidik Solidariti” (Solidarity Trial) yang dilancarkan oleh WHO akan menyaksikan penglibatan Malaysia dalam usaha antarabangsa untuk menguji beberapa ubat dalam merawat COVID-19. Kajiselidik yang diselaraskan oleh WHO di seluruh dunia ini adalah satu usaha pengumpulan data dan perbandingan keselamatan serta keberkesanan empat regimen rawatan menggunakan kombinasi Remdesivir, Lopinavir / Ritonavir, Interferon beta, Chloroquine dan Hydroxychloroquine.
Sehubungan itu, KKM bakal memulakan kajian klinikal ini dalam masa terdekat di mana sembilan (9) buah hospital KKM yang dikenalpasti mengambil bahagian di dalam WHO Solidarity Trial ini telah bersedia untuk memulakan pengambilan peserta kajian di kalangan pesakit COVID-19 yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan (Medical Research and Ethics Committee, MREC) telah bekerjasama rapat dengan Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM yang bertindak sebagai badan regulatori yang bertanggungjawab meluluskan penggunaan ubat tersebut dalam kajian klinikal ini. Penilaian telah dibuat berdasarkan tiga (3) aspek utama merangkumi aspek keselamatan, kualiti dan keberkesanan awal ubat tersebut berdasarkan data-data yang telah dikemukakan.
Menyedari kepentingan kajian klinikal ini dalam usaha memerangi pandemik COVID-19, MREC dan NPRA telah berjaya meluluskan protokol penyelidikan dan lesen import kajian klinikal (Clinical Trial Import Licence) bagi ubat Remdesivir dalam tempoh yang singkat (iaitu empat (4) hari berkerja), namun pada masa yang sama dapat mengekalkan kualiti penilaian berdasarkan prosedur dan keperluan regulatori antarabangsa.
Kelulusan segera ini telah tercapai melalui komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh ahli jawatankuasa MREC, lapan (8) orang penilai NPRA dan pengurusan atasan bagi memastikan penilaian ubat ini adalah berkualiti serta dalam jangkamasa yang ditetapkan. Selain itu, kerjasama yang diterima daripada pemohon (Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Ampang) dan pihak WHO dalam memberi dokumen-dokumen yang diperlukan oleh MREC dan NPRA dalam masa yang singkat banyak membantu mempercepatkan proses kelulusan tersebut.
Penyertaan Malaysia dalam kajiselidik sedunia ini dijangka dapat membantu dalam pencarian ubat menyelamatkan nyawa untuk COVID-19 melalui penilaian keselamatan dan keberkesanannya.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Selaras dengan usaha memerangi pandemik ini, KKM menasihatkan agar rakyat Malaysia turut menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan:
  1. Patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan.
  2. Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun
  3. Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian COVID-19 melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

19 April 2020 @ 5.00 petang
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 19 APRIL 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARUBILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH094
PULAU PINANG0119
PERAK0252
SELANGOR31,343
NEGERI SEMBILAN0405
MELAKA37185
JOHOR3642
PAHANG5269
TERENGGANU0109
KELANTAN0155
SABAH3306
SARAWAK5408
W.P. KUALA LUMPUR191,004
W.P. PUTRAJAYA964
W.P. LABUAN016
JUMLAH KESELURUHAN845,389



PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
19 April 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 95 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 3,197 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well (59.32% of total cumulative cases). As seen lately, the number of cases discharged well is more than the number of additional cases reported today.
Current Situation of COVID-19 in Malaysia
19 April 2020, 12 pm – A total of 84 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 5,389 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 2,103 active and infective COVID-19 cases. They have been isolated and provided treatment.
Currently, 46 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 26 cases are on ventilation support.
Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH. Cumulatively, there are now 89 COVID-19 deaths in Malaysia (1.65% of total cumulative cases):
  1. Death #89: Case 4,769 is a 51 year-old Malaysian man with a history of diabetes, hypertension, heart disease and kidney disease. He was a close contact to a confirmed COVID-19 case (Case 2,726). He was admitted into Enche’ Besar Hajjah Khalsom Hospital, Johor on 13 April 2020 and was pronounced dead on 18 April 2020 at 6.47 pm.
MOH conveys condolences to the family members.
Temboro-Magetan Cluster from Indonesia
A new cluster was detected at an international port of entry, where positive cases were found amongst Malaysians returning from Indonesia via the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) on 16 April 2020. This cluster comprised of 43 students returning from Temboro, a locality declared as a red zone in the district of Magetan, Indonesia. There are several more cases awaiting results.
Of these 43 cases, 34 cases were quarantined in Melaka and nine in the Federal Territory of Kuala Lumpur and Putrajaya. This shows that the Government had taken the right action in instituting screening and compulsory quarantine for all Malaysians returning from overseas. This is to prevent the spread of imported cases in the community.
Malaysia’s Participation in the World Health Organization’s “Solidarity Trial”
As announced in a joint statement by MOH and the World Health Organization (WHO) on 6 April 2020, the “Solidarity Trial” launched by WHO will see Malaysia’s involvement in an international multi-centre drug trial for the treatment of COVID-19. This worldwide WHO-coordinated research is on the efficacy and safety profiles of four treatment regimens using a combination of Remdesivir, Lopinavir/Ritonavir, Interferon beta, Chloroquine and Hydroxychloroquine.
In this regard, MOH will soon embark on this clinical trial whereby the nine (9) MOH hospitals identified to participate in the WHO Solidarity Trial are ready to begin recruitment of study participants amongst the COVID-19 patients who meet the study criteria.
The Medical Research and Ethics Committee (MREC) has worked closely with the National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), MOH that acts as the regulatory body responsible for approving the use of the drugs in this clinical trial. The evaluation done was based on three key aspects i.e. safety, quality and early efficacy of the drug based on the data submitted.
Recognising the importance of this clinical drug trial in the fight against the COVID-19 pandemic, MREC and NPRA have successfully approved the research protocol and the Clinical Trial Import License (CTIL) for Remdesivir within a short time period (i.e. only four working days) while concurrently maintaining the quality of the evaluation based on international procedural and regulatory requirements.
This fast-tracked approval was achieved through the high commitment of MREC committee members, eight NPRA reviewers and top management, which ensured a high-quality review process and within the required timeline. In addition, the cooperation by the applicants i.e. Clinical Research Centre, Ampang Hospital and the WHO in providing the documents required by the MREC and NPRA in the short timeframe also facilitated the approval process.
Malaysia’s participation in this worldwide clinical drug trial is expected to assist in the search for life-saving drugs for COVID-19 through the assessment of their safety and efficacy.
Health Advisory on COVID-19
In line with our continuous effort in fighting the pandemic, MOH strongly urges all Malaysians to fulfil their duties as responsible citizens by:
  1. Complying to the Movement Control Order
  2. Maintaining a high level of personal hygiene at all times, such as regular hand washing with water and soap
  3. Practicing social distancing of at least one (1) metre from others
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation based on all available information, and the public will be continuously updated on the latest information.
Thank you.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
19 April 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 19 April 2020, 12 pm)
StateNo. of New CasesCumulative
Perlis018
Kedah094
Pulau Pinang0119
Perak0252
Selangor31,343
Negeri Sembilan0405
Melaka37185
Johor3642
Pahang5269
Terengganu0109
Kelantan0155
Sabah3306
Sarawak5408
WP Kuala Lumpur191,004
WP Putrajaya964
WP Labuan016
Total845,389



Image

Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED