Translate

29 April 2020

39,002 kes denggi dilaporkan dari 29 Disember 2019 hingga 25 April tahun ini,


39,002 kes denggi dilaporkan sehingga 25 April - CPRC

Bernama | April 29, 2020 12:45 MYT


Sejumlah 39,002 kes denggi dilaporkan dari 29 Disember 2019 hingga 25 April tahun ini, lapor Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Sejumlah 39,002 kes denggi dilaporkan dari 29 Disember 2019 hingga 25 April tahun ini, menurut Laporan Situasi Semasa Denggi, Chikungunya dan Zika di Malaysia 2019 dan 2020.

Perangkaan yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan penurunan sebanyak 4,063 kes (9.4 peratus) denggi daripada 43,065 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Laporan itu juga menyatakan hanya satu kematian akibat denggi dilaporkan pada minggu ke-17 (19 hingga 25 April) 2020 dengan jumlah kumulatif 64 kematian berbanding 67 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.

"Sepanjang minggu ke-17 tahun ini, sejumlah 1,301 kes denggi dilaporkan , meningkat 11 peratus berbanding minggu sebelumnya," kata laporan itu yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya hari ini.

Sehingga minggu ke-17 tahun ini, Selangor merekodkan kes denggi tertinggi dengan 23,402 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (3,243 kes) dan Johor (3,242 kes).

Menurut laporan CPRC itu juga, 13 kes chikungunya dicatatkan sementara tiada kes positif zika dilaporkan dari 29 Disember 2019 hingga 25 April tahun ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan berbangga kerana dapat menyertai Gabungan Kajian Klinikal dalam mencari penyelesaian yang memberi manfaat kepada manusia.

"Kami berdepan dengan ancaman global COVID-19 yang amat mencabar dan kehidupan kita semua akan terjejas," katanya sebagaimana dipetik Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) di laman Facebook hari ini. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'PROSIDING BUNG MOKTAR DIBENAR TANGGUH | BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Wilmington viewed 'KKM akan panggil MMA untuk libat urus la' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perkhidmatan KLIA Express, KLIA Transit Terganggu ' 40 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 54 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pemilik restoran mengaku bersalah pamer logo halal' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JPJ sita Lamborghini dipandu warga China tanpa les' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tanpa PERMATA@Pintar, MIT mungkin sekadar mimpi bu' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Datuk Hussein Omar Khan appointed as the new Selan' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Koperal parah akibat senjata sendiri di IPK Pulau ' 1 hr 38 mins ago