Translate

26 March 2020

POLIS tangkap seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai meragut pembantu jururawat



Warga asing ditahan ragut pembantu jururawat

POLIS menahan seorang lelaki warga Myanmar selepas dipercayai meragut pembantu jururawat di Gombak, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak 2 petang hari ini.

“Suspek berjaya dikesan di kawasan Rawang sebelum ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Barang-barang mangsa yang diragut berjaya ditemui semula,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Arifai berkata, suspek akan direman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kelmarin, wanita berusia 21 tahun itu diragut suspek ketika membuka pintu pagar rumahnya.

Mangsa tidak cedera dan tiada kerugian, sebaliknya hanya kehilangan Mykad, kad bank dan dokumen pejabat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2020 @ 4:36 PM

#HarianMetro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam berkaitan' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Zambry ke Turkiye, Arab Saudi, perkukuh kerjasama ' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Arsenal Trounce Real Madrid 3-0 as Inter Milan Sho' 13 mins ago
A visitor from Manila viewed 'October 2016' 18 mins ago
A visitor from Batangas viewed 'February 2015' 18 mins ago
A visitor from Cavite city viewed 'September 2019' 20 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'KKM akan panggil MMA untuk libat urus la' 28 mins ago
A visitor from Indian head viewed 'FBM KLCI ditutup hampir tidak berubah berikutan se' 30 mins ago
A visitor from New york viewed 'Ringgit terus alami penurunan berbanding dolar AS ' 30 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit terus alami penurunan berbanding dolar AS ' 31 mins ago