Translate

30 March 2020

RM250,000 Hilang Dari Kediaman Syed Saddiq | 30 Mac 2020


Tajuk laporan jatuhkan imej, Syed Saddiq mahu TV3 mohon maaf ...





"RM250,000 yang hilang bukan duit parti Bersatu" - Syed Saddiq
Umavathi Ramayah, Astro Awani | Diterbitkan pada Mac 30, 2020 17:23 MYT


"RM250,000 yang hilang bukan duit parti Bersatu" - Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai.

KUALA LUMPUR: Sejumlah wang kira-kira RM250,000 yang disimpan dalam peti besi di kediaman bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, tiada sebarang kesan umpil pada peti besi itu dikesan selain keadaan rumahnya kemas.

Beliau dalam laporan polis di Balai Polis Sungei Way memaklumkan, kejadian itu hanya disedarinya pada pukul kira-kira 7 malam, Sabtu lalu.

"Kali terakhir saya membuka peti besi simpanan itu adalah pada 13 Mac atau 14 Mac lalu," katanya dalam laporan polis yang tular dalam media sosial hari ini.

Dalam pada itu Syed Saddiq dalam kenyataan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai.

Ahli Parlimen Muar itu turut menafikan wang tersebut milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang mengesahkan kejadian itu berkata, ekoran kejadian itu, polis menahan pembantu rumah Syed Saddiq bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, kes siasatan dibuka mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

"Bagaimanapun saya tidak dapat mendedahkan banyak maklumat memandangkan pasukan forensik masih menjalankan siasatan," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC trace RM30' 10 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 57 mins ago
A visitor from Jakarta viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysian cardinals vote in election of new pope |' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Federal Court judge, Datuk Zabariah Mohd Yusof, ha' 2 hrs 28 mins ago