Translate

07 February 2020

Kompaun berjumlah RM21,700 dikenakan kepada 9 premis kerana menjual topeng hidung dan mulut melebihi harga ditetapkan.


9 premis didenda RM21,700 jual topeng hidung mulut mahal
Bernama
-February 6, 2020 9:40 PM
Penguat kuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan di premis yang menjual topeng hidung dan mulut di seluruh negara sejak 25 Jan lalu. (Gambar Facebook KPDNHEP)

KLANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan kompaun berjumlah RM21,700 kepada 9 premis di seluruh negara kerana menjual topeng hidung dan mulut melebihi harga ditetapkan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pasaran Domestik) KPDNHEP, Alauddin Sidal berkata, tindakan itu diambil kerana pihaknya menerima banyak aduan orang ramai berhubung kenaikan harga susulan penularan koronavirus ketika ini.

“Bermula 25 Jan lepas hingga hari ini, KPDNHEP memeriksa 1,314 premis yang menjual topeng hidung dan mulut di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 9 premis dikenakan tindakan kerana menjual pada harga tinggi, iaitu antara 80 sen hingga RM1 sekeping.”

Beliau berkata demikian selepas melawat sebuah kilang pembuatan topeng hidung dan mulut di Meru di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP Putrajaya, Iskandar Halim Sulaiman.





Sementara itu, Iskandar berkata, pihaknya akan memantau peniaga dalam talian yang didapati menjual topeng hidung dan mulut kepada pelanggan di luar negara dengan harga tinggi.

“Kita ada terima maklumat (mengenai isu ini) dan akan terus melakukan siasatan. Sekiranya dikesan wujud perkara itu, tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil ke atas pihak berkenaan.”

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED