Translate

27 February 2020

Covid-19 Arab Saudi menghentikan sementara kemasukan jemaah untuk memasuki negara itu bagi mengerjakan umrah


COVID-19: Saudi gantung kemasukan jemaah umrah

Astro Awani, Agensi | Februari 27, 2020 07:56 MYT


Penggantungan turut membabitkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat COVID-19.

ARAB Saudi pada Khamis menghentikan sementara kemasukan jemaah untuk memasuki negara itu bagi mengerjakan umrah, bertujuan membendung jangkitan wabak COVID-19.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan memaklumkan, penggantungan itu termasuk bagi program ziarah Masjid Nabi di Madinah.

Menurut kenyataan itu lagi, penggantungan turut membabitkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat COVID-19.

Menurut laporan Arab News, garis panduan yang dikeluarkan dalam usaha mengekang virus itu juga termasuk menggantung perjalanan ke dan dari Arab Saudi bagi warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menggunakan kad pengenalan kebangsaan.

Dilaporkan hampir 7 juta jemaah mengerjakan umrah di Arab Saudi setiap tahun, dengan majoriti daripada mereka mendarat di lapangan terbang di Jeddah dan Madinah.

Setakat ini, tiada kes positif COVID-19 dilaporkan di Arab Saudi kecuali melibatkan seorang warganya yang ketika ini berada di Kuwait dan ditahan di sana untuk menerima rawatan.

Image
Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Sungai buloh viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 4 mins ago
A visitor from Teluk intan viewed 'Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Se' 7 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 9 mins ago
A visitor from Boston viewed 'Ibu rayu orang ramai bantu cari anak hilang | BEST' 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kes Zayn Rayyan 'Stressnya sampai rasa nak bunuh o' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 14 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 20 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Pemilik syarikat didenda RM15,000 sembunyi lebih 2' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Seorang maut, empat cedera dalam kemalangan babit ' 25 mins ago