Translate

28 July 2019

Anggota dan pegawai polis diserang ketika cuba menahan seorang lelaki Nigeria


OPS AFRICAN SCAM: 4 ANGGOTA POLIS DISERANG GEROMBOLAN WARGA AFRIKA
July 27, 2019



TIGA anggota dan seorang pegawai polis yang menjalankan operasi sindiket penipuan diserang sekumpulan lelaki Afrika di pangsapuri Flora Damansara, Petaling Jaya Khamis lalu.

Anggota dan pegawai terbabit dari Jabatan Siasatan jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya diserang ketika cuba menahan seorang lelaki Nigeria yang disyaki terlibat dalam sindiket penipuan “African scam’”.


Serangan kira-kira pukul 11 malam itu menyebabkan seorang anggota polis cedera di muka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, polis telah menahan 10 lelaki Afrika bagi membantu siasatan lanjut.

“Polis ke sana untuk menahan seorang suspek warga Nigeria bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan…namun berlaku provokasi antara polis dan sekumpulan warga Afrika.


“Anggota kami mengalami kecederaan akibat diserang dan mereka meminta bantuan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya,” katanya.

Fadzil berkata, mereka yang ditahan direman 4 hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan.

Tindakan mengesan yang lain sedang dijalankan, katanya.

Sehubungan itu, Fadzil memberi amaran bahawa polis tidak akan berkompromi dengan warga asing yang jelas melanggar undang-undang, termasuk menghalang tugas penjawat awam, terutama dalam isu berkaitan kes yang melibatkan warga dari negara Afrika.


“Tindakan tegas akan diambil terhadap semua yang melanggar undang-undang negara,” tegasnya.


https://newmalaysianpost.com/2019/07/27/ops-african-scam-4-anggota-polis-diserang-gerombolan-warga-afrika/




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ipoh viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 12 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 41 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Steven Sim dismisses claims for having an advisor ' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Kampong ulu jurong viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 2 hrs 20 mins ago