Nur menang besar di DFKL 2019
AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA
07 April 2019 11:22 PM
KOSMO
Drama terbitan Radius One itu mencatatkan kemenangan dalam kategori Penulis Skrip Pilihan, Pengarah Pilihan, Kategori Pasangan Pilihan, Kategori Antagonis Pilihan, Kategori Aktor Pilihan dan Kategori Drama Pilihan. Foto oleh ABDUL RAZAK LATIF dan FAISOL MUSTAFA
PUTRAJAYA - Drama rantaian Nur mendominasi malam anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 dengan membawa pulang enam anugerah daripada 10 kategori yang dipertandingkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
Drama terbitan Radius One itu mencatatkan kemenangan dalam kategori Penulis Skrip Pilihan, Pengarah Pilihan, Kategori Pasangan Pilihan, Kategori Antagonis Pilihan, Kategori Aktor Pilihan dan Kategori Drama Pilihan.engarahnya, Shahrulezad merangkul dua anugerah menerusi Pengarah dan Penulis Skrip Pilihan, manakala teraju utama drama itu Syafiq Kyle yang menjayakan watak sebagai Ustaz Adam turut membawa pulang dua anugerah menerusi Pasangan Pilihan serta Aktor Pilihan.
Azhan Rani pula merangkul anugerah kategori Antagonis Pilihan manakala Amyra Rosli sekadar berpuas hati dengan trofi Pasangan Pilihan.
Sharulezad berkata, kejayaan drama Nur merupakan usaha sama kesemua pihak yang menjayakan drama berkenaan dan tidak sangka menerima sokongan peminat biarpun hampir setahun telah berlalu.
"Saya terharu dan terkejut dengan sokongan peminat drama ini yang menyumbang kepada kejayaan Nur pada malam ini. Anda semua adalah keluarga Nur pada malam ini," katanya.
Antara selebriti yang turut mengungguli kategori utama pada malam ini ialah pelakon, Janna Nick yang memenangi trofi Aktres Pilihan menerusi drama Semerah Cinta Humairah.
Kemenangan Janna Nick itu sekali gus mempertahankan kemenanganya menerusi kategori yang sama pada penganjuran DFKL musim lalu dan pada tahun 2016.
"Saya tidak sangka untuk menang pada malam ini kerana Nur banyak mengungguli hampir kesemua anugerah. Saya terkejut dengan kemenangan pada malam ini kerana menyangkakan trofi berkenaan milik Amyra Rosli," katanya.
Turut membuat kejutan ialah kemenangan Haqiem Ruslie dan Aman RA yang merangkul anugerah Lagu Pilihan menerusi lagu Jatuh Bangun sekali gus mengenepikan lagu epik nyanyian Misha Omar bertajuk Sampai Bila.
Bagi kategori Drama Pendek Pilihan dimenangi oleh Orang Kita dan Nelayan Siblings manakala Drama Rantaian Bahasa Cina dimenangi oleh My Sensei Nyonya. K!Online