Translate

20 April 2019

Penyelia kedai emas di pasar raya di Seri Kembangan, mati selepas ditembak penjenayah yang merompak premis terbabit




Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my





PENYELIA kedai emas di pasar raya di Seri Kembangan, mati selepas ditembak penjenayah yang merompak premis terbabit, hari ini.

Dalam kejadian 7.13 malam itu, mangsa berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat ditembak di dada.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, empat penjenayah terbabit dilihat memasuki perkarangan pasar raya berkenaan menaiki dua motosikal.


“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi, tiga daripada suspek yang memakai topi keledar tutup muka penuh serta ‘vest’ pantul cahaya memasuki pasar raya itu dan pergi ke kedai emas berkenaan.

“Seorang lagi suspek pula menunggu di luar pasar raya berkenaan. Ketika kejadian, mangsa bersama dengan seorang lagi pekerja wanita berada di dalam premis terbabit.

“Seorang daripada suspek melepaskan satu das tembakan mengenai dada mangsa selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan penyelia kedai emas berkenaan yang tidak mengendahkan arahan mereka,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Fadzil berkata, kesemua suspek kemudian melarikan diri bersama empat dulang barang kemas.

“Kejadian itu berlaku amat pantas, kira-kira dua hingga tiga minit. Siasatan awal mendapati suspek itu menggunakan pistol semi auto berdasarkan penemuan satu kelongsong peluru di lokasi.

“Usaha memburu suspek sedang giat dijalankan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2019 @ 10:33 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Johor bahru viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 2 hrs 25 mins ago
A visitor from San jose viewed 'June 2016' 2 hrs 25 mins ago
A visitor from San jose viewed 'September 2021' 2 hrs 25 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Datuk Suhaimi Willing To Forgive Blogsites For Pub' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Tan Sri Shukry removed as the Bank Rakyat board ch' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas suami Kim Seri ditaha' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 4 hrs 49 mins ago