Translate

25 March 2019

"SAYA pasti ketika ini mereka (Telekom Malaysia) sedang merancang sesuatu alasan untuk salahkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL),”


Kontrak MFL-TM : "Banyak lagi perkara lain boleh dipotong yang tidak buatkan jutaan rakyat terkesan"Ahad, 24 Mac 2019 5:43 PM

Oleh: SURYATI MOHD NOR
Kevin Ramalingam

"SAYA pasti ketika ini mereka (Telekom Malaysia) sedang merancang sesuatu alasan untuk salahkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL),” ujar Kevin Ramalingam.

Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif MFL itu menegaskan tindakan menfailkan saman terhadap Telekom Malaysia (TM) dibuat sebagai langkah mempertahankan kepentingan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia musim ini.

Kevin mengakui beliau tidak memahami rasional TM selepas syarikat telekomunikasi itu bertindak untuk menggagalkan komitmen asal tajaan Liga Malaysia bagi tahun 2019 biarpun kedua-dua pihak itu telah menandatangani perjanjian penajaan selama lapan tahun pada Januari tahun lalu.

“Orang awam tahu ada banyak perubahan di TM termasuk pada Unifi tv. Disebabkan isu dalaman ini, maka mereka tidak lagi mempunyai platform untuk memaparkan kandungan MFL.



“Kerana penghentian Unifi tv ini berlaku selepas dalam tempoh setahun dan TM masih lagi ada 7 tahun dalam kontrak dengan MFL, mereka mencari sebarang alasan untuk keluar dari kontrak. Apa yang mereka tidak dedahkan adalah perkongsian TM dan MFL sebelum ini adalah dari beberapa aspek berbeza.

“Tetapi ada sesetengah pihak yang cuba untuk menunjukkan seakan jumlah wang yang dilabur itu adalah sepenuhnya untuk siaran sahaja.

"Yang sebenarnya bahagian itu lebih kurang separuh saja dari jumlah pelaburan yang dikontrakkan. Yang selebihnya adalah bahagian lain seperti penajaan nama pertandingan dan sebagainya," jelasnya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Menurut Kevin, kos ‘content’ seperti yang dipersembahkan oleh sesetengah pihak, termasuk sebahagian pengurusan TM adalah tidak betul.

"Jumlah ini dibesarkan mungkin untuk mendapat sokongan pihak atasan untuk membenarkan keseluruhan kontrak tidak dibayar dan akhirnya perlu ditamatkan.

“Dengan erti kata lain, TM seperti mahu kontrak ini terbatal untuk membolehkan mereka mengurangkan kos dan bukan atas apa isu berkait dengan kontrak ini sebenarnya.

“Tapi dalam usaha mereka untuk mengurangkan perbelanjaan, mereka tidak patut mengecewakan rakyat Malaysia dengan nak cuba berhenti menyokong bola sepak tempatan.

"Bolasepak tempatan sangat penting untuk ramai rakyat Malaysia.

“Banyak lagi perkara lain boleh dipotong yang tidak membuatkan jutaan rakyat terkesan.

"Sukar untuk kami fahami rasional bagaimana TM boleh buat keputusan ini.

“Perkara ini mustahil di kotak pemikiran kita tetapi saya rasa ini adalah cara mereka berfikir,” jelasnya.

Khamis lalu, MFL telah mengambil tindakan undang-undang terhadap TM dengan pemfailan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur susulan pelanggaran kontrak penajaan oleh syarikat telekomunikasi tersebut kerana gagal membuat pembayaran hak penajaan dan penyiaran untuk tahun 2019.

Pada sidang media yang berlangsung pada 15 Mac , MFL secara rasmi telah mengumumkan penamatan kontrak penajaan bersama TM yang ditandatangani untuk perjanjian selama lapan tahun pada Januari tahun lalu selepas mencapai kata sepakat dalam satu mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang diadakan di Hotel Thistle, Johor Bahru.

Artikel berkaitan :"Saya kecewa tindakan TM" - TMJ umum MFL 'berpisah' dengan penaja utama Liga Malaysia

TM sebelum ini telah menyiarkan satu kenyataan rasmi mengumumkan mereka bukan lagi penaja Liga Malaysia bermula tahun 2019 selain juga menafikan mereka gagal melaksanakan apa yang terkandung dalam kontrak sebaliknya menyatakan kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan bersama berkenaan asas komersial.

Kevin menyifatkan ia menjadi satu perkara normal kepada mana-mana pihak untuk membuat tuntutan balas selepas mereka disaman.

“Ini normal bila seorang itu disaman.

“Pastinya, demi mempertahankan diri seseorang itu akan mencari jalan penyelesaian dengan mengatakan apa saja ketika ini.

“Namun, jika kami di pihak yang salah sudah tentu mereka akan mengambil tindakan ketika kesalahan dilakukan dan bukan selepas disaman.

“Apapun saya pasti ketika ini mereka sedang merancang sesuatu alasan untuk salahkan MFL. Reaksi yang normal namun pastinya hanya kerana telah disaman oleh MFL dulu,” tambah Kevin.
Tags/Kata


Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/sukan/2019/03/24/kontrak-mfl-tm/#msCGBPcYaw4g5sJ3.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED