Translate

26 July 2018

Pramugari dikatakan terpaksa buka tudung demi sara keluarga



Wakil rakyat PAS dakwa pramugari terpaksa buka tudung demi sara keluarga

Faiz Zainudin | July 25, 2018



Siti Zailah Mohd Yusoff menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas untuk melindungi hak pekerja wanita, khasnya dalam isu etika pakaian.

VIDEO INSIDE



Siti Zailah Mohd Yusoff menegur pemimpin yang lantang memperjuangkan Islam, tetapi kini mendiamkan diri selepas mendapat jawatan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat PAS mendakwa ada pramugari Islam yang terpaksa membuka tudung ketika bekerja demi menyara kehidupan keluarga.

Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan tegas untuk melindungi hak pekerja wanita, khasnya dalam isu etika pakaian.

“Ada pekerja wanita mengadu mereka tak boleh berpakaian menutup aurat kerana halangan majikan, sebagai contoh pramugari.

“Secara peribadi, saya pernah bercakap dengan mereka, mereka kata terpaksa buka tudung apabila bekerja untuk sara mak dan anak,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.



Zailah turut menegur pemimpin yang lantang memperjuangkan Islam, tetapi kini mendiamkan diri selepas mendapat jawatan.

“Apa jadi kepada negara kita, di mana suara-suara menteri yang sebelum ini hebat mempertahankan Islam? Adakah kerana mereka sudah dapat kedudukan (maka mereka) senyap? Kalau betul nak laksana Islam, laksana sebagaimana diperintah agama.

Beliau berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa akan memandang serius dan bertindak terhadap isu etika pakaian serta masalah lain yang dihadapi pekerja beragama Islam.
“Saya berharap menteri agama ambil berat perkara ini, kalau betul-betul nak jaga agama, nombor 1 jaga agama Islam sebagai agama rasmi.
“Kita tidak mahu rakyat kita ada tak dapat keluar solat Jumaat, ada juga suara NGO mencadangkan sembahyang Jumaat dibuat pada Sabtu.”

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Santa cruz do capibaribe viewed 'Madonna announces music tour celebrating 40 years ' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Langgan Pelacur Dengan Wechat | BEST FBKL' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '17 roads in the capital, Putrajaya closed in conju' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '17 roads in the capital, Putrajaya closed in conju' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '17 roads in the capital, Putrajaya closed in conju' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua Lelaki Cedera Diserang Lima Lelaki Bersenjata ' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 1 hr 27 mins ago