Translate

23 May 2018

Syamsul Debat mengumumkan peletakan jawatannya daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta




Syamsul Debat letak jawatan dalam UMNO
Share Tweet Share


SYAMSUL Amri Ismail atau Syamsul Debat. FOTO Arkib NSTP

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@nstp.com.my





KETUA Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Seremban Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali Syamsul Debat mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Beliau mengumumkan perkara itu menerusi akaun Facebook miliknya Syamsul Amri Ismail Official pada 12 tengah hari tadi.

Pada masa sama, beliau turut melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Cawangan Pancor, Ketua Penerangan UMNO Cawangan Pancor dan Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia.


Syamsul yang dihubungi berkata, tindakan berkenaan diambil selepas mengambil tanggungjawab terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

“Bagi saya ia keputusan yang terbaik untuk memberi peluang kepada ramai lagi ahli UMNO memegang jawatan itu, dan membawa perubahan kepada parti sekali gus mendapatkan kembali keyakinan rakyat.

“Bagaimanapun, saya masih bersama UMNO dan sentiasa bersedia memberikan pendapat atau pandangan sekiranya diperlukan sebagai tanda persahabatan serta semangat silaturrahim,” katanya.

Beliau yang juga penceramah bebas berkata, keputusan itu turut mengambil kira kesibukan tugas hariannya sebagai penceramah selain mahu menumpukan perhatian kepada Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM).

“Saya sudah lama tidak bergiat aktif di dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu kerana terlalu sibuk. Selepas ini, saya boleh kembali fokus,” katanya.

Pada PRU14, beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, tewas kepada calon PKR Aminuddin Harun yang kini menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mei 2018 @ 3:00 P

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bacau viewed 'Dakwaan boikot cubaan gugat kehar' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar, keluarga ucap takziah atas pemergian senima' 13 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Tun M Baca Amanat Dari Kapsul Ma' 44 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Tun M Baca Amanat Dari Kapsul Ma' 44 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tandin' 4 hrs 37 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 4 hrs 49 mins ago