Translate

30 May 2018

Anak Najib Buat Laporan Polis Kerana Tidak Puas Hati Hadiah perkahwinannya dirampas oleh polis



Polis rekod keterangan anak Najib selepas rampas barang peribadi

Bernama | May 29, 2018



Sumber polis berkata, Nooryana Najwa membuat laporan polis semalam kerana tidak puas hati dengan tindakan pasukan keselamatan merampas barangan peribadinya, yang didakwa diterima sebagai hadiah perkahwinan.




KUALA LUMPUR: Polis hari ini merekod keterangan Nooryana Najwa, anak perempuan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, susulan laporannya berhubung tindakan polis memasuki dan merampas barang miliknya di sebuah kondominium mewah di Jalan Raja Chulan.

Sumber polis berkata wanita berkenaan membuat laporan polis semalam kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan merampas barangan peribadinya, yang didakwa diterima sebagai hadiah perkahwinan.



“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menerima laporan wanita berkenaan.

“Bagaimanapun pegawai polis IPD Dang Wangi hadir untuk merekod keterangannya berikutan kawasan kediaman wanita itu terletak di bawah daerah terbabit,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Tinjauan hari ini mendapati 4 pegawai dan anggota polis menaiki sebuah kereta Proton Preve memasuki kediaman peribadi Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, di Jalan Langgak Duta pagi tadi.

Pada 18 Mei lepas, polis merampas 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis mata wang dan barangan berharga di kondominium mewah dipercayai mempunyai kaitan dengan Najib, sebagai sebahagian daripada siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu, sebanyak 284 kotak yang mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah turut dirampas dari 3 unit kediaman di kondominium di Jalan Raja Chulan itu.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 13 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 4 hrs 29 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 5 hrs 28 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 5 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 hrs 25 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 6 hrs 35 mins ago