Translate

25 April 2018

Saya Ni Ada Sejarah Pedofil Ke...?" tanya Chef Wan

Saya Ni Ada Sejarah Pedofil Ke...?"

..
Menerusi laman Instagram miliknya, chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail meluahkan rasa terkilan apabila dia 'diheret' sama dalam kes rumah tangga antara anaknya Serina dan bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh.
Menurut Chef Wan, tiada sebarang isu yang sepatutnya timbul hanya kerana dia mengambil tanggungjawab menjaga cucu-cucunya ketika Serina keluar bekerja. Tambahan kedua cucunya itu memang sudah biasa tinggal bersamanya.
"Konon nak elakkan Rina dapat balik hak penjagaan anak-anaknya sekarang mengunakan alasan yang lain konon Rina langgar perintah dia yang tak benar anak-anak dia tidur satu katil bersama saya la pulak.
"Ada ke undang-undang yang kata cucu-cucu di bawah umur tak boleh tertidur bersama atuknya?
"Saya ini kan datuk mereka dan mereka di bawah umur. Jika Rina tak boleh jaga anak-anaknya bukan ke datuknya ada hak untuk menjaga cucu itu?
"Kadang kala Serina balik lewat, jadi maksudnya saya tak boleh tidurkan cucu saya?," tulisnya.
Dalam pada itu, chef Wan mencabar Gavin untuk menunjukkan bukti di mahkamah jika dia ada melakukan apa-apa yang tidak elok kepada cucu-cucunya itu.
'Saya ni ada sejarah pedofil ke atau sesuatu yang saya buat sehingga ada undang-undang begitu di rumah sendiri.
"Saya cabar dia. Gila nak fitnah dan memalukan saya sampai begitu sekali asalkan dapat membukti kan Rina tu kononnya seorang ibu yang tidak bertanggungjawab,” tambahnya lagi.
Terdahulu laporan media menyebut, Serina Redzuawan bakal berdepan dengan hukuman penjara berikutan bekas suaminya, Gavin Edward O’Luanaigh memfailkan notis tunjuk sebab berhubung pelanggaran perintah persetujuan bersama.
Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 41, memfailkan permohonan ex parte (sebelah pihak) pada 17 April lalu.
Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin dalam prosiding itu di Mahkamah Tinggi Syariah berhujah, banyak pelanggaran didakwa dilakukan Serina.
"Serina telah melanggar perintah persetujuan apabila membenarkan anak mereka, Tristan Tareef O’luanaigh, 7 tahun dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6 tahun bermalam sebilik dengan Chef Wan di kediaman bekas bapa mertuanya itu pada 3 Disember lalu.
"Dalam perenggan yang dipersetujui itu juga menyatakan anak-anak tersebut harus tidur bilik berasingan daripada Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail," katanya.
Pada 1 Ogos 2017, Gavin sah menceraikan Serina di Mahkamah Rendah Syariah Petaling selepas tujuh tahun melayari rumah tangga

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 14 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 4 hrs 29 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 5 hrs 28 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 5 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 hrs 26 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 6 hrs 35 mins ago