Suap Susu Botol Kepada Suami Tak Salah, Tapi Lakukan Dikhalayak Ramai Boleh Jatuhkan Imej Pasangan - Mufti
Siakapkeli.my
Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial sebuah video yang menjadi bualan ramai di mana di dalam videa berkenaan memaparkan aksi pasangan suami isteri menyertai satu acara sukaneka dengan menyusukan suami menggunakan susu botol.
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dalam satu kenyataannya mengenai perkara ini berkata tindakan menyuap suami dengan menggunakan susu botol adalah tidak bertendangan dengan Islam namun boleh menjatuhkan imej pasangan itu sendiri.
"Aktiviti menyuap suami dengan botol susu konon mahu mencipta kasih sayang sebenarnya dilihat sebagai terlalu kebudak-budakkan."
"Memang umat Islam diajar untuk mencipta keharmonian keluarga melalui pergaulan komunikasi secara terbaik."
“Harap suami isteri meluahkan rasa kasih sayang sebagaimana yang dianjurkan Islam antaranya mandi bersama, suap-menyuap makanan dan bergurau senda.
“Biarpun isteri menjirus air pada suami, ia tidak termasuk dalam sikap kebudak-budakkan kerana ada batas-batas yang perlu dipatuhi, antaranya menutup aurat dan tidak mendedahkan keintiman pada khalayak awam,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.
Video yang ditonton lebih 1 juta orang itu dikatakan berlaku di negeri berkenaan dan mendapat perhatian netizen di mana mereka memberikan pelbagai reaksi terhadap aksi tersebut. - Siakapkeli.my