Translate

12 September 2016

Polis Menahan Seorang penunggang motosikal dirakam melarikan diri selepas melanggar seorang pelajar sekolah (Video)

Lelaki Rempuh Pelajar Dalam Video Viral Ditahan

Lelaki Rempuh Pelajar Dalam Video Viral Ditahan


KOTA KINABALU – Seorang penunggang motosikal dirakam melarikan diri selepas melanggar seorang pelajar sekolah menengah dalam kejadian di Luyang, Sabah, kelmarin.

Dalam rakaman amatur berdurasi 15 saat itu, mangsa pada mulanya dilihat cuba melintas jalan setelah sebuah kereta berhenti bagi memberikan ruang untuk pelajar itu melintas.
Malangnya penunggang motosikal jenis Modenas, nombor pendaftaran SAB4572W berwarna biru, tidak berhenti dan terus merempuh mangsa. Akibat dari rempuhan itu, mangsa tercampak sebelum terjatuh.

Penunggang motosikal terbabit kemudiannya terus berlalu pergi tanpa menghiraukan mangsa yang cedera.
Kejadian yang berjaya dirakam itu kemudian dimuat naik ke media sosial agar orang ramai membantu mengesan penunggang motosikal terbabit.
Hasil pemeriksaan netizen mendapati, motosikal itu didaftarkan di bawah nama seorang lelaki yang berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang, berumur 23 tahun.
Menurut Harian Metro, suspek telah ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, kira-kira jam 8 pagi tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MYNEWSHUB.CC

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED