Translate

30 April 2016

Tauke Kedai Berani Hentak Kepala Penyamun Berpistol

Tauke Kedai Berani Hentak Kepala Penyamun Berpistol


KLANG, 29 Apr - Seorang penyamun bertindak melepaskan beberapa das tembakan rambang selepas gagal menyamun sebuah kedai telekomunikasi dalam kejadian di Jalan Meranti Putih, Taman Desa Permai 2 di sini hari ini.

Sinar Online melaporkan, dalam kejadian 4.30 petang itu, suspek datang ke premis sendirian dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC dengan tujuan kononnya ingin membeli telefon bimbit.

Suspek kemudian menunjukkan pistol kepada pemilik kedai dan mengugutnya menyerahkan wang selain mengarahkan beberapa pelanggan duduk.

"Selain itu, suspek telah mengarahkan pemilik kedai berusia 50-an itu untuk mengeluarkan telefon bimbit yang diletakkan di rak pameran

"Ketika suspek yang cuba untuk mengambil telefon bimbit itu, pemilik kedai telah menghentak kepala suspek di rak pameran hingga menyebabkan suspek melepaskan satu das tembakan," kata Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat.


Suspek kemudian cuba melarikan diri namun dikejar pemilik kedai dan berlaku pergelutan.

Kata Yusoff lagi, seorang pelanggan turut membantu menangkap suspek.

Insiden itu juga menyebabkan suspek sekali lagi melepaskan beberapa das tembakan hingga hampir mengenai seorang kanak-kanak yang berada berhampiran lokasi kejadian


"Suspek berjaya ditangkap dan polis telah merampas sepucuk pistol jenis Colt .45

"Siasatan dapati suspek berusia 44 tahun, datang dari Sungai Buloh dan mempunyai kes dikehendaki bersabit kes samun di Rawang selain turut memiliki empat rekod samun," katanya lapor Sinar Online.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 1 hr 21 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 5 hrs 31 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 7 hrs 47 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 8 hrs 12 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 8 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 8 hrs 27 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 8 hrs 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 9 hrs 16 mins ago