Translate

28 April 2016

Seekor ular saw seberat 30 kilogram telah berjaya ditangkap di perkarangan Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan

 Ular Sawa Seberat 30 Kilogram 'Ceroboh' Kawasan Sekolah



TUMPAT: Seekor ular saw seberat 30 kilogram telah berjaya ditangkap di perkarangan Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan di sini, pagi tadi, lapor Berita Harian.

Ketika ditemui oleh seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan kira-kira ham 6 pagi, ular sawa berkenaan dipercayai dalam keadaan kekenyangan.

BACA: Pelajar Terkejut Jumpa Ular Tedung Sepanjang 2 Meter Dalam Makmal Sekolah

Penolong Kanan Kokurikulum, Che Zaharah Husain berkata, ular sawa sepanjang empat meter itu ditemui di kaki lima berhadapan kelas Tahun Satu.

"Pengawal keselamatan terbabit terus menghubungi pihak sekolah dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Tumpat. 

"Mujurlah murid belum hadir pada waktu itu," katanya.

Menurut Che Zaharah lagi, kejadian berkenaan merupakan kejadian kali pertama berlaku di sekolah terbabit dan beliau tidak menolak kemungkinan ular tersebut mencari tempat sejuk untuk berlindung berikutan cuaca panas sekarang.




Ketua Operasi JPAM Tumpat, Mohamad Shahiran Mohamad Asri berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan ular sawa itu pada jam 6.11 pagi.

"Saya bersama seorang anggota bergegas ke lokasi untuk menangkap reptilia itu. 

"Ular sawa terbabit tidak agresif kerana dipercayai kekenyangan dan kami tidak menghadapi masalah menangkapnya dan diserahkan kepada PERHILITAN," katanya. -Siakapkeli.my
S

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bacau viewed 'Dakwaan boikot cubaan gugat kehar' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar, keluarga ucap takziah atas pemergian senima' 13 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Tun M Baca Amanat Dari Kapsul Ma' 44 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Tun M Baca Amanat Dari Kapsul Ma' 44 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 4 hrs 13 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tandin' 4 hrs 37 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 4 hrs 49 mins ago