Translate

29 April 2016

Polis menahan 3 suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah pemain bola sepak pasukan JDT II, Mohd Zaquan Adha.

Suspek Pecah Rumah Zaquan Adha Ditahan



Kota Tinggi: Pihak polis berjaya menahan tiga suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah pemain bola sepak pasukan JDT II, Mohd Zaquan Adha.

Ketia-tiga warga tempatan yang berusia 23,29 dan 37 tahun itu ditahan di rumah sewa mereka di Horizon Hills dekat Iskandar Puteri kira-kira jam 1.45 pagi.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, tangkapan itu adalah hasil risikan dan siasatan pihaknya.

"Ketika tangkapan dilakukan, kita turut menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah seperti alat pemotong besi, pemutar skru, kuku kambing dan spanar.

"Kita turut menemui pelbagai jenis jam serta beg tangan pelbagai jenama, barang kemas dan kamera yang dipercayai antaranya milik Mohd Zaquan Adha," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Tambah beliau juga, pihak polis turut merampas dua kenderaan iaitu Hyundai Tucson dan Peugeot.

Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Musk gives away two $1 million checks to Wisconsin' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kedutaan Malaysia di Bangkok sambung operasi hari ' 4 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Tommy Page, the pop star-turned-music executive kn' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Enam ditahan susulan pergaduhan di Medan Seri Kera' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Steven Sim dismisses claims for having an advisor ' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Musk gives away two $1 million checks to Wisconsin' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Trump, Joined By Kid Rock, Signs Executive Order T' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Trump says reciprocal tariffs will target all coun' 16 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Trump, Joined By Kid Rock, Signs Executive Order T' 19 mins ago