Translate

25 November 2015

Seorang lelaki ditangkap polis bila perbuatannya mencuri permainan Lego bernilai RM22,575 di bilik pameran di Hotel Legoland terbongkar

Sewa Hotel Sebelum Curi Lego Bernilai RM22,575


NUSAJAYA - Seorang pemandu lori ditangkap polis apabila perbuatannya mencuri barang permainan Lego bernilai RM22,575 di bilik pameran di Hotel Legoland terbongkar.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya, Deputi Superintendan Ismail Dollah dalam satu kenyataan berkata lelaki yang berumur 37 tahun itu ditahan di rumahnya di Jementah, Segamat pada Isnin lepas.

"Setelah menerima laporan, polis berjaya memberkas suspek dalam masa kurang daripada 24 jam," katanya memetik laporan Bernama.

Suspek dikatakan terlebih dahulu menginap satu malam di hotel tersebut dan mencuri barang permainan sebelum mendaftar keluar.

"Modus operandi yang digunakan suspek ialah mencuri barang permainan Lego yang dipamerkan dengan memasukkan kesemua permainan dalam beg besar sebelum keluar daripada hotel itu," kata beliau sebagaimana memetik laporan Bernama.

Antara barang permainan yang ditemui oleh pihak polis adalah Lego Dragon, Lego Monkey, Lego Monkey Head, Throw Pillow Pirate dan Bed Runner King.

Suspek juka didapati positif dadah jenis Amphetamine (AMP) namun tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Suspek direman selama tiga hari sejak semalam dan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Curi dalam bangunan).

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan juga boleh didenda atau sebat.

Kata Ismail juga, kes curi Lego ini merupakan kes pertama kali seumpanya dan pihak polis memandang serius kes tersebut keran ia boleh menjejaskan imej industri pelancongan di negeri tersebut. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perkhidmatan KLIA Express, KLIA Transit Terganggu ' 12 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 26 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pemilik restoran mengaku bersalah pamer logo halal' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JPJ sita Lamborghini dipandu warga China tanpa les' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tanpa PERMATA@Pintar, MIT mungkin sekadar mimpi bu' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Datuk Hussein Omar Khan appointed as the new Selan' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Koperal parah akibat senjata sendiri di IPK Pulau ' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zambry ke Turkiye, Arab Saudi, perkukuh kerjasama ' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Alor star viewed 'Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Se' 1 hr 13 mins ago