Translate

17 November 2015

Minister Jamil Khir says nothing wrong in organising wedding courses in Paris and spending RM290,000 of YAPEIM's money


SUNGAI BESI: National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ini membuat dakwaan bahawa Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) telah menggunakan RM290,000 bagi membiayai dua program kursus kahwin di Paris, Perancis melalui dana Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskin (Pemangkin).

Ketua Pegarah NOW, Akmal Nasir berkata kedua-dua program terbabit diadakan pada hujung 2014 dan awal 2015.

"Aktiviti pertama dikenali sebagai 'Kursus dan Kembara Santun 2014 Kelab Santun Eropah' yang berlangsung bagi tempoh 20 Disember 2014 sehingga 28 Disember 2014 dengan kos RM176,500.

"Pembiayaan kedua dibuat atas nama 'Program Transformasi Warga Santun Kelab Santun Eropah' yang berlangsung dari 29 Disember 2014 sehingga 3 Januari 2015 dengan kos RM113,500," kata Akmal memetik laporan dari Astro Awani.

Tambah Akmal lagi, kedua-dua program tersebut hanya melibatkan 100 orang peserta yang terdiri dari rakyat Malaysia yang menetap di Perancis.

"Apakah kewajaran YAPEIM bagi pengajuran Kursus Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawan dan Pengurusan di Paris dengan kos RM290,000?

"Tidak adakah anak yatim atau orang miskin di Malaysia ini yang lebih layak dan memerlukan untuk dibantu YAPEIM?" soal Akmal. - Siakapkeli.my



jamilkhir-L


KUALA LUMPUR, Nov 16, 2015:

There is nothing wrong with the Malaysian Islamic Economic Development Foundation (Yapeim) organising wedding courses overseas, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil said such courses benefited students abroad, without them needing to undergo the same exercise in Malaysia.

In fact, Jamil said, the course was well received by students and some applications also had to be rejected because there were too many applicants.

“What’s wrong if Yapeim organised or paid for wedding courses to students abroad?

“Is the course not beneficial if it enables students to get married abroad or in the country?

“Students know the benefits from the course that encompasses family and also explanations relating to Islam as the federal religion,” he said when met by The Rakyat Post in Parliament today.


He was responding to new allegations by National Oversight and Whistle-blowers (NOW) director Akmal Nasir, who questioned the rationale for conducting the course overseas.

The course, done in collaboration with the Malaysia Islamic Development Department (Jakim) and Federal Territory Islamic Affairs Department (Jawi), was not the first and was conducted before in several other places such as the United States, London and Paris.

Jamil did not reject the possibility that NOW’s move stemmed from its dissatisfaction because during the course they also spoke on various current issues, including Islamic State terrorists, hudud and issues on lesbians, gays, bisexuals and transgenders (LGBT).

“Students had the opportunity to ask about any concerns they had regarding religion and marriage as well as family.”

Jamil added that Malaysian students overseas were also eligible to receive assistance from Yapeim, including about wedding courses and business support.

RAKYAT POST


Isu YAPIEM : Jamil Khir Jawab Dakwaan Salah Guna Duit Anak Yatim




SHAH ALAM, 13 Nov – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan dakwaan bahawa beliau menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) adalah satu fitnah yang besar.

Menurut Jamil Khir, tuduhan yang dilemparkan oleh National Oversight and Whistleblowers (Now) itu menyimpang dari fakta sebenar. Selain itu beliau juga turut berkata dia hanya mengikuti rombongan bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensia dibawah beliau.

"Adalah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya. Segala perjalanan dan kegiatan rasmi saya ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan,” katanya memetik laporan dari Sinar Online.

Jamil juga berkata program yang disertai olehnya itu merupakan satu program yang dianjurkan oleh Yapeim dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat dan Education Malaysia Chicago bersempena dengan Mid West Game yang mengumpulkan lebih 1,000 pelajar dari AS dan Kanada.

"Justeru dakwaan kononnya program saya di AS lebih bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabaran Perdana Menteri. Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya," kata Jamil.

Selain itu Jamil juga berkata dia akan menyaman Pengarah Now, Akmal Nasir jika tidak meminta maaf dalam masa 24 jam.

“Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Akmal mendakwa Jamil menggunakan dana milik Yapeim bagi menanggung perjalanan lawatan Jamil ke AS bersama isterinya pada 2014.

Akmal berkata rombongan itu yang melibatkan perjalanan selama 9 hari menelan kos RM410,978.56.

Akmal turut melampirkan bersama invois yang dibilkan kepada Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin). Akmal mendakwa lawatan ke Washington. Menurut Akmal lawatan ke Washington DC, lowa dan Minnesota yang bertarikh pada 21 hingga 29 Mei 2014 membabitkan aktiviti golf dan kujungan ke pusat membeli belah.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED