Translate

25 November 2015

9 Cuti Panjang Yang Akan Dinikmati Oleh Rakyat Malaysia Pada Tahun 2016




Tinggal sebulan sahaja lagi kita berada dalam tahun 2015 dan akan muncul tahun baru 2016 menanda dunia semakin tua dan umur kita semakin meningkat.

Apa yang ditunggu-tunggukan oleh rakyat Malaysia pastilah cuti yang akan dinikmati, walaupun ada mereka yang tidak dapat bercuti pada tarikh-tarikh yang disebutkan nanti kerana memerlukan komitmen kerja seperti mereka yang bekerja di hospital, media dan pelbagai lagi.

Pada tahun hadapan, rakyat Malaysia akan menikmati sembilan kali cuti panjang yang berjumlah 30 hari tetapi tidak tidak menjejaskan hari bekerja 251 hari.

Bagaimanapun, ia tidak mengambil kira bilangan  cuti di peringkat negeri yang berbeza antara satu sama lain.

Penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kelantan, dan Sarawak akan mempunyai satu hujung minggu yang lebih panjang.

Sementara itu penduduk di Kedah, Sabah, Labuan dan Melaka akan menikmati dua kali hujung minggu lebih panjang.

Sehubungan itu ia dilihat bahawa rakyat Malaysia mempunyai banyak peluang untuk bercuti di hujung minggu yang panjang.
Kredit gambar: Says.com

Hujung minggu yang panjang dalam tahun 2016 bermula dari Tahun Baru Cina (6-9 Februari) dan termasuk Hari Pekerja (30 April hingga 2 Mei), Hari Raya Haji (10-12 September), Hari Malaysia (16-18 September), Deepavali (29-31 Oktober) dan Krismas (24-26 Disember).

Rakyat Malaysia yang mengambil cuti pada 8 Julai akan mempunyai cuti lima hari sempena Hari Raya Aidilfitri, yang dijangka jatuh pada 6 Julai dan 7.

Apa yang membezakan bilangan cuti hujung minggu yang panjang tahun depan adalah kurang daripada apa yang dinikmatinya pada tahun ini, yang berjumlah 11.

Pada tahun 2017, hujung minggu yang panjang hanya akan ada 8 kali. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED