Translate

19 August 2015

Penyanyi Ziana Zain terpaksa menanggung malu apabila mikrofon yang digunakannya terjatuh kerana losyen tangan yang diapakai

Jawapan Ziana Zain Berkenaan Video Mic Terbang dan Jatuh Ketika Menyanyi


Hanya kerana losyen tangan yang dipakai, penyanyi Ziana Zain terpaksa menanggung malu apabila mikrofon yang digunakannya terjatuh ketika menjayakan sebuah persembahan di dalam satu majlis kemuncak Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW2015) yang berlangsung Ahad baru-baru ini.

Memetik laporan Mstar Online, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 47, menyifatkan insiden berkenaan yang menjadi viral di laman sosial itu sebagai 'drama lucu' sepanjang karier nyanyiannya.

"Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyanyian ketika menyampaikan lagu XO (nyanyian asal, Beyonce), saya mahu angkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.

"Selamat saya tak jatuh. Tetapi ketika kejadian itu, semua orang berdiri dan bersorak. Tetapi itulah, pakai losyen atau tidak, jika sesuatu nak terjadi, ia tetap akan terjadi," katanya.

Bagaimanapun selepas mikrofon berkenaan jatuh Ziana dilihat tampil profesional dan tidak cepat melatah dengan mengakhiri persembahannya dengan penuh yakin sambil memberi ucapan 'That's it, Thank You!'.

Ketika itu, tetamu yang hadir terus berdiri dan bersorak di atas sikap profesional penyanyi itu.

"Sebagai seorang penyanyi, insiden seperti itu adalah perkara biasa yang dilalui oleh mana-mana individu di atas pentas termasuklah selebriti bertaraf antarabangsa."

"Perkara seperti itu biasa terjadi kepada sesiapa pun. Jadi sekiranya ada penyanyi berhadapan dengan situasi di luar jangkaan seperti ini, tidak perlu gusar. Sebaliknya bersikap yakin di atas pentas sehinggalah habis persembahan," ujarnya. - Siakapkeli.my

T

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED