Afgan Tidak Berahsia Soal Cinta
Afgan mengakui berkawan rapat dengan penyanyi Raisa Andriana.
Hubungan mesra penyanyi Afgan dan diva popular Indonesia, Datuk Rossa bukan lagi rahsia sehingga pernah timbul dakwaan mereka menjalinkan hubungan cinta.
Namun, baik Afgan mahupun Rossa tegas menyatakan mereka berkawan baik malah sudah seperti satu keluarga.
Bagaimanapun, penyanyi cukup popular dengan lagu Jodoh Pasti Bertemu ini mengakui selain Rossa, seorang lagi penyanyi wanita senegaranya iaitu Raisa Andriana mempunyai hubungan rapat dengannya.
Sama seperti hubungan dengan Rossa, jejaka berlesung pipit ini pantas menyatakan Raisa juga kawan bukan kekasihnya.
Katanya, dia tidak menyembunyikan hubungan cintanya dengan umum sebaliknya sedia berkongsi terutama kepada peminat sekiranya dia sudah betul-betul bertemu gadis pilihan hati.
"Iya, selain Ocha (panggilan manja Rossa), Raisa kawan wanita yang paling rapat dengan saya.
"Sebenarnya, kami sudah kenal sejak zaman sekolah tetapi hubungan kami semakin rapat kerana kami ada merakamkan lagu duet bersama.
"Bagi saya, siapa pun gadis itu, kalau saya sudah benar-benar yakin, saya tidak akan berahsia tentang hubungan cinta saya.
"Tambahan saya percaya peminat saya semakin matang dan mereka dapat menerima dengan terbuka," katanya kepada Malaysian Digest ketika sidang media konsertnya yang diberi nama Konsert Suara Hati Afgan di Kuala Lumpur, semalam.
Afgan atau nama sebenarnya Afgan Shah Reza, 26, memberi penjelasan itu sekaligus menjawab gosip dia bersama Raisa mempunyai hubungan mesra sehingga saling membahasakan diri dengan panggilan sayang.
"Kawan. Belum cinta," ungkapnya sambil tersenyum lalu tertawa kecil tatkala pihak media sekali lagi meminta kepastian mengenai sejauh mana kebenaran khabar tersebut.
Persembahan Termahal
Sementara itu, bercerita lanjut konsertnya yang akan berlangsung pada 18 September depan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Afgan menyatakan konsert kali ini lebih istimewa kerana dia akan menampilkan persembahan yang belum pernah disaksikan peminatnya di tanah air.
Menyifatkan persembahan tersebsar sepanjang karier di Malaysia sehingga ke hari ini, pada konsert itu nanti Afgan bakal mendendangkan sebanyak 23 lagu termasuk menjemput Rossa dan Dj Fuzz tampil bersama di atas pentas.
"Saya akan tampilkan sesuatu yang berbeza, segar dan ada juga kejutan. Selain itu saya juga akan menyanyikan single terbaharu saya berjudul Knock Me Out dan beberapa lagu popular Malaysia pilihan saya secara medley," katanya.
Afgan juga ditanya mengenai sejauh mana persembahannya kali ini mampu memberikan kepuasan maksimum kepada penonton dan berbaloi dengan harga tiket konsertnya anjuran Netzah Production Sdn Bhd ini yang dijual serendah RM133 sehingga RM855.
"Meskipun sudah sering kali membuat persembahan di sini tetapi saya yakin penonton akan menikmati dan terhibur sepanjang konsert kali ini kerana ia lebih istimewa.
"Saya akan pastikan penonton berpuas hati dengan persembahan saya setanding dengan harga tiket yang mereka bayar kerana bukan saja akan ia sebuah persembahan yang lebih intim antara saya dengan peminat tetapi turut menyuntik emosi dan saya lakukan benar-benar dari hati saya.
"Saya juga sedang mempersiapkan diri, dan memberikan sepenuh komitmen pada latihan. Saya mahu berikan yang paling terbaik untuk peminat-peminat saya di Malaysia.
"Kebiasaannya setiap kali apabila mahu mengadakan persembahan besar, selain latihan, saya juga akan selalu ke gimnasium untuk meningkatkan stamina.
"Dari segi pemakanan pula sebenarnya saya tidak pantang apa-apa. Saya suka masakan makanan padang dan hampir setiap hari itulah hidangan di rumah saya cuma saya akan kurangkan makan nasi," kongsinya mengenai panduan diet yang diamalkan.
Dalam perkembangan lain, Afgan kini dalam proses menyiapkan album terbaharu yang dijangka akan dilancarkan pada Oktober depan.
- mD