Translate

26 December 2014

Seorang lelaki bertindak merempuh 8 buah kenderaan dengan lori pengangkutan sampah di Pangsapuri Permata Sari di Pusat Bandar Puchong

(14 Gambar) Lelaki Mengamuk Guna Lori, Rempuh 8 Buah Kereta di Puchong


PUCHONG, 25 Dis - Seorang lelaki bertindak merempuh beberapa buah kenderaan di Pangsapuri Permata Sari di Pusat Bandar Puchong, dalam satu kejadian kira-kira jam 10 pagi tadi.

Lelaki tersebut dilaporkan merempuh kenderaan-kenderaan terbabit dengan menggunakan sebuah lori pengangkut sampah setelah tidak berpuas hati dengan salah seorang penduduk di pangsapuri tersebut.

Menurut kenyataan sumber yang menghubungi Siakapkeli, penduduk pangsapuri yang menjadi mangsa amukan lelaki tersebut adalah abang iparnya sendiri.

Lelaki itu pada mulanya bertindak merempuh dua buah kereta milik abang iparnya iaitu sebuah Iswara dan sebuah Avanza menggunakan lori tersebut.


Bagaimanapun, beberapa kenderaan lain yang berada berhampiran turut menjadi mangsa amukan lelaki terbabit.

Menurut sumber itu lagi lapan buah kereta dan dua buah motosikal menjadi mangsa dalam kejadian tersebut. Selain itu beberapa struktur pangsapuri tersebut juga dilihat rosak disebabkan perbuatan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki berbadan gempal itu sudah ditangkap oleh polis yang tampil ke tempat kejadian. - Siakapkeli.com.my

Gambar Kejadian














Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 6 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 17 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 25 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 26 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed '12 saksi diambil keteranga' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 46 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar' 57 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Platform strategik Malaysia meterai MoU p' 2 hrs ago