Translate

26 December 2014

Sambutan Tahun Baru 2015 Di Putrajaya, Selangor & Perak Dibatalkan


Written by AbangNara | December 26th, 2014

Alhamdulillah. Terharu Abang Nara dengan keprihatinan para pemimpin dan penganjur yang bersetuju untuk membatalkan sambutan tahun baru 2015. Ini adalah keputusan yang amat tepat sekali di kala rakyat Malaysia terutamanya di pantai timur sedang mengalami bencana banjir. Untuk makluman, sambutan Ambang 2015 di Putrajaya, Selangor dan Perak telah pun dibatalkan. Ini adalah satu tanda keprihatinan yang amat tinggi sekali.
sambutan tahun baru dibatalkanSultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan sebarang acara konsert atau yang berunsur hiburan yang dirancang kerajaan negeri itu atau mana-mana agensi sempena sambutan tahun baru ini, dibatalkan serta-merta. Manakala di Selangor, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali telah membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 15 yang diadakan hari ini hingga 31 Disember nanti.
sambutan tahun baru dibatalkan
Manakala hasil perbincangan antara penganjur bersama sambutan Ambang 2015 Putrajaya, Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan penganjur utamanya, Kumpulan AmBank, program tersebut sah dibatalkan. Semoga dengan pembatalan ini segala usaha dapat ditumpukan untuk membantu mangsa-ma
ngsa banjir di seluruh negara. Sama-samalah kita doakan agar keadaan bertambah baik. Amin.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED