Nampaknya pertikaian antara Ismail Embong dan anak-anaknya sudah semakin memuncak. Terbaru, Ismail Embong telah menulis yang dirinya tidak mempunyai anak bernama Aisyah @ Chacha. Dasyat sungguh pertelingkahan yang berlaku sehingga ke tahap ini. Malah Ismail Embong turut melabel anak yang melukai hatinya adalah sebagai anak derhaka. Sedih Abang Nara melihat apa yang terjadi gara-gara perkahwinan Yaya Maembong dan Wan Raja yang tidak disukai oleh Ismail Embong.
Sebelum ini Ismail Embong ada melahirkan rasa kekecewaannya kerana Yaya Maembong telah memaksa adik-adiknya berpindah rumah ke flat. Namun menerusi portal Murai, Chacha Maembong menjelaskan yang mereka telah berpindah secara sukarela. Rumah baharu mereka juga bukanlah flat tetapi kondo. Kata Chacha:-
Saya bukan tinggal di flat seperti yang dinyatakan tetapi kami tinggal di kondominium. Kalau flat manalah ada lif semua. Amad (Abang Chacha) pula selesa dan suka sahaja keluar masuk rumah baru kami walaupun turun naik lif. Saya rasa ini salah faham sahaja. Hubungan saya dan ayah tiada masalah. Biasalah itu orang tua, bila tengah marah apa sahaja boleh keluar.Sebenarnya saya sudah lama membeli rumah itu malah sebelum Kak Yaya membuat persiapan kahwin lagi kami dah mula berpindah sedikit demi sedikit. Saya dan Kak Yaya tiada masalah dah tiada isu saya dihalau atau sebagainya tetapi saya sendiri memang dah lama mahu pindah keluar kerana barang shooting saya terlalu banyak dan saya perlukan ruang saya sendiri. Bukan sahaja mahu beri Kak Yaya privacy tetapi saya sendiri pun mahu privacy saya.
Namun begitu Ismail Embong telah tampil menerusi akaun Facebooknya untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Malah Ismail Embong turut sama menghentam penulis artikel tersebut yang didakwa menjadi penghancur keluarganya.
Makin kronik nampaknya perselisihan faham yang terjadi antara Ismail Embong dan anak-anaknya. Sedih juga Abang Nara membaca luahan hatinya. Jalan penyelesaian yang terbaik ialah kesemua yang terlibat pergi berjumpa dengan si ayah, memohon maaf dan berjanji tak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi. Kalau berterusan cakap di media sebegini, pasti akan ada hati yang terluka. Rasanya tak ada insan yang mahukan gelaran ‘anak derhaka’. Cepat-cepatlah minta maaf.