Translate

30 December 2014

Anggota Polis putus tangan ditetak 10 lelaki di Changkat Bukit Bintang

Polis putus tangan ditetak 10 lelaki

Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal
Kuala Lumpur: Seorang anggota polis putus tangan kanan selepas ditetak beberapa lelaki bersenjatakan parang dan kayu di sebuah pusat hiburan di Jalan Changkat, Bukit Bintang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.50 pagi itu, mangsa, Amir Nok Pon, 27, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dikatakan berada di hadapan pusat hiburan terbabit sebelum didatangi beberapa lelaki yang kemudian menyerang dan menetaknya hingga rebah.
Menurut sumber polis, seramai 10 suspek dipercayai menaiki dua kenderaan iaitu sebuah kereta PROTON Wira dan BMW dilihat menyerbu masuk ke dalam pusat hiburan terbabit, dengan bersenjatakan parang dan kayu.
Katanya, suspek kemudian menetak mangsa serta beberapa individu lain yang kebetulan berada di hadapan dan di dalam premis hiburan berkenaan.
"Suspek kemudian melarikan diri sejurus kejadian. Mangsa yang putus tangan kanan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut," katanya.
Motif balas dendam
Sumber polis berkata, berdasarkan keterangan pengurus pusat hiburan itu, kejadian ini dipercayai bermotifkan balas dendam kerana pada Rabu lalu, seorang lelaki yang menunggang motosikal dilanggar sebuah kenderaan di hadapan premis terbabit.
Akibat kemalangan itu, katanya, berlaku pergaduhan antara dua kumpulan yang turut membabitkan pengawal kelab malam berkenaan sebelum seorang rakan penunggang motosikal terbabit memberi amaran akan datang semula untuk membalas dendam.
"Kita percaya kumpulan sama datang semula ke premis terbabit untuk membalas dendam," kata sumber itu.
Giat kesan suspek
Polis sudah melihat rakaman litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan berkenaan selain operasi mengesan suspek sedang giat dijalankan.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 59 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Viral MAK 3 Anak Gemuk' 2 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Enam Rumah Terbakar Di Bandar Tun Razak | BEST FBK' 3 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Geng Along Jep tumpas, empat lelak' 3 hrs 18 mins ago