Translate

12 December 2014

Pelakon drama bersiri TV3, Love You Mr Arrogant, Syarul Ridzwan, nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbalik

Pelakon drama bersiri TV3, Love You Mr Arrogant, Syarul Ridzwan, nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan terbalik di Jalan Sungai Ujong di sini, petang semalam. Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, dikatakan dalam perjalanan dari Linggi ke Kuala Lumpur. Sebaik selesai sesi penggambaran sebuah drama "street vendetta" di Linggi. 

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, kereta jenis Honda City yang dipandu Syarul hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelum berpusing dua kali dan terbalik. Tinjauan wakil kami di perkarangan Balai Polis Daerah Seremban mendapati kereta yang dipandu oleh Syarul mengalami kerosakan teruk. Kata Syarul melalui laman sosial Instagram Walaupun kereta itu remuk teruk namun dia tidak mengalami sebarang kecederaan. Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Zaki Harun mengesahkan kejadian. Pihaknya telah pun menerima laporan kemalangan dari pelakon tersebut.




Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED