Translate

28 August 2014

JAIS Sahkan Datuk Ramli MS & Alyah Sudah Bernikah


Ramli MS dan Alyah Sah kahwinRamli MS dan Alyah Sah kahwin
Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengunjungi kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi ini, dipercayai bagi menyiasat status hubungan beliau dengan penyanyi Alyah.
Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudah berkahwin. Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.
Wartawan Berita Harian yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu. Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.
Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu. Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk berikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.
Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini. Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang. Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.
Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin.

sumber: Berita Harian

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Kerajaan terus perhebat inisiatif memberdaya komun' 9 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'Ringgit closes higher against US dollar | BEST FBK' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MAJLIS ADVOKASI ROYALTI MUZIK - KPDN | BEST FBKL' 16 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Donald Trump Accuses Xi Jinping of Using Southeast' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 35 mins ago
A visitor from Risaralda viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 36 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Two MoUs strengthen Malaysia-China cooperation in ' 43 mins ago